Monday, September 8, 2014

Takaful vs Insurance

Orang selalu cakap dengan aku “Ooooo, kau buat insurance ke?” Bila aku kata bukan, mereka akan tanya “habis tu apa?” Aku akan jawab “aku buat takaful bukan insurance”. Mereka akan kata lagi “sama la tu takaful dengan insurance…kan?” Aku punya jawapan memang buat orang yang ada insurance tapi tak de takaful akan menyampah & sakit hati bila dengar tapi itulah hakikatnya. Nak tau apa jawapan aku? Aku cakap “Eh! Tak sama la...Insurance & Takaful adalah dua perkara yang berbeza walaupun pada dasarnya ia adalah sama. Insurance haram, takaful shariah”. Lepas aku cakap macam tu ada yang baru terfikir & mengakui akan kebenaran kata-kataku. Ada yang terus terdiam tanpa memberikan sebarang komen. Tidak kurang juga yang marah. Ada juga yang pening. Apapun, jawapan aku tu hanya sesuai untuk ditujukan kepada orang Islam je. Jangan la pulak pergi cakap dengan orang bukan Islam…memang nak kena taji la. Walaupun orang bukan Islam sekarang sudah ramai yang beralih kepada Takaful tetapi bila ditanya kepada mereka kenapa mengambil Takaful kenapa tak ambil insurance, mereka akan jawab….”oooo sebab takaful adil” so simple their answer. So, aku masih kurang faham jika ada orang Islam yang still tak nak ambil takaful, yang still mengatakan skim takaful itu mahal & bla..bla..bla. Mengapa pilih insurance konvensional sedangkan takaful berlandaskan syariah sudah berkembang pesat di negara kita. Tepuk dada tanya la iman.

Ok, back to general story pulak. Takaful boleh disimpulkan sebagai salah satu konsep insuran yang berlandaskan perbankan islam. Takaful menerapkan kerjasama, perlindungan dan jaminan antara para pesertanya.
Ciri-ciri takaful adalah :
  • Berlandaskan perbankan islam
  • Tiada unsur maisir (judi)
  • Tiada unsur riba'
  • Tiada unsur gharar (ragu-ragu)


All Takaful Operator registered in Malaysia telah mengikut guidelines yang ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia. Guidelines ini terdapat pada Akta Takaful 1984.

Berikut adalah sebahagian daripada registered operator takaful in Malaysia :
  • Etiqa Takaful Berhad
  • Syarikat Takaful Malaysia
  • Takaful Ikhlas Berhad
  • MAA Takaful Berhad
  • Prudential BSN Takaful Berhad
  • Great Eastern Takaful Berhad
  • Sun Life Malaysia Takaful Berhad


No comments:

Post a Comment

Pindah Blog

Assalamualaikum Akibat kekangan masa, saya tak mampu nak update banyak-banyak blog. Oleh itu, apa saja cerita berkaitan Takaful saya akan pi...