Friday, October 3, 2014

Pelan Simpanan Haji & Umrah

Etiqa Takaful telah membuka jalan bagi memudahkan umat islam menunaikan umrah & haji. Produk yang dinamakan Mabrur ini juga telahpun meraih Anugerah Produk Terbaik. Jadi, ianya tidak perlu diragui atau dipertikaikan lagi.

Setiap umat islam pasti ada menyimpan hasrat untuk ke Mekah. Menunaikan fardhu haji itu wajib bagi umat islam yang mampu dan sesungguhnya setiap orang islam yang bekerja yang mempunyai pendapatan tetap atau yang mempunyai perniagaan sendiri adalah mampu untuk pergi menunaikan fardhu haji. Terpulang kepada mereka bagaimana hendak menguruskan kewangan mereka. Hubungi saya, Farah di 012.256.7454 atau 013.610.7004 untuk temujanji & saya akan advise anda bagaimana dengan mengambil pelan mabrur dari Etiqa ini yang akan membuatkan anda dengan mudah untuk menunaikan fardhu haji dengan memperoleh banyak manfaat.

Samada anda sudah atau belum mempunyai akaun tabung haji, samada anda sudah pergi menunaikan haji sebelum ini, samada anda sudah daftar haji atau belum....anda layak menyertai pelan ini. Hubungi saya & saya akan terangkan kepada anda sehingga anda betul-betul faham dan yakin yang produk mabrur ini adalah produk terbaik. Secara peribadi saya memang recommend sangat orang islam mengambil pelan ini kerana ia adalah pelan yang memang sangat...sangat...sangat bagussssssss. 

--------------------------------------------------------------------------------------

Sempurnakan Lima Rukun Islam Anda
Sebagai salah satu rukun Islam, adalah menjadi kewajipan ke atas setiap Orang Islam yang mampu mengerjakan Haji, untuk menjadi tetamu Allah sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup. Sebagai satu perhimpunan tahunan terbesar di dunia, Haji adalah simbolik kepada perpaduan umat Islam sebagai penyerahan kepada Tuhan. Ia adalah satu perjalanan yang indah untuk memohon keampunan, sebagai satu bentuk jihad paling mudah dan peluang untuk menebus dosa dan bermula semula dalam keadaan diri yang bersih lagi suci.

Dengan perjalanan yang penting ini, perancangan awal dan terbaik adalah perlu bagi memastikan anda telah bersedia secara mental, spiritual dan paling utama, kewangan. Mulakan perancangan sekarang untuk mencapai destinasi utama anda.



Lakukan Perbezaan ke Arah Perjalanan Spiritual Anda
Mabrur ialah pelan Takaful simpanan dan perlindungan komprehensif yang melengkapkan persediaan anda untuk menunaikan ibadah Haji dan Umrah. Etiqa menyediakan One Stop Centre untuk anda merancang perjalanan Haji dan Umrah yang lebih baik. Kami akan membantu proses pembukaan akaun Tabung Haji tanpa bayaran dan pendaftaran Haji anda setelah Bayaran Tunai tetap pertama dibayar.

Pelan ini disertakan Bayaran Tunai tetap yang dibayar pada akhir tahun ke-3 sijil dan setiap tahun yang berikutnya dengan Bayaran Tunai tetap sebanyak 10% akan dibayar pada akhir tahun ke-3 sijil. Bayaran Tunai tetap ini akan dikumpulkan di dalam akaun Tabung Haji sebagai simpanan untuk memenuhi keperluan spiritual dan pelan-pelan lain anda dan yang tersayang. Pelan ini menyediakan perlindungan komprehensif untuk kedua-duanya, Peserta dan Orang Dilindungi, malah anda mempunyai fleksibiliti untuk memilih tempoh perlindungan dari 20 sehingga 30 tahun.



Manfaat Utama
  • Mula tambahkan simpanan anda
    Nikmati Bayaran Tunai tetap sehingga 10% daripada Jumlah Asas Dilindungi. Bayaran Tunai pertama akan dibayar pada akhir tahun ke-3 sijil dan setiap tahun berikutnya.


Akhir Tahun Sijil

% Jumlah Asas Dilindungi

3

10%

4 to 14

3%

15 to 24

4%

25 to 30

5%

Sub Jumlah

113%

Tambahan 10% menjelang tempoh matang

10%

Jumlah Keseluruhan*

123%

  • * Akhir Tahun Sijil yang tidak melebihi 30 tahun, jumlah Bayaran Tunai tetap yang diterima adalah kurang daripada 123%
    Semua Bayaran Tunai tetap akan secara automatik dikreditkan ke dalam akaun Tabung Haji Orang Dilindungi untuk menabung bagi tujuan menunaikan Haji atau Umrah dan pelan masa depan yang lain. Apabila mencapai tempoh matang, Bayaran Tunai tetap tambahan sebanyak 10% daripada Jumlah Asas Dilindungi akan dibayar kepada Orang Dilindungi.
  • Manfaat Matang
    Pada akhir tempoh Takaful, nilai terkumpul dalam Dana Pelaburan Peserta (DPP), jika ada, termasuk keuntungan daripada pelaburan dana tersebut , dan lebihan Dana Risiko Peserta (DRP), jika ada, yang telah diperuntukkan akan dibayar kepada Peserta

Perlindungan Komprehensif
  • Manfaat Kematian
    Jika Orang Dilindungi meninggal dunia akibat kemalangan atau sebab semula jadi, amaun Jumlah Dilindungi, Perbelanjaan Pengebumian sebanyak RM1,000 berserta nilai terkumpul dalam DPP, termasuk sebarang keuntungan DPP dari pelaburannya dan DRP, jika ada, akan dibayar.
  • Indemniti Berganda ke atas Kematian akibat Kemalangan
    Kami menyediakan tambahan 100% daripada Jumlah Dilindungi yang dibayar jika Orang Dilindungi meninggal dunia sebelum umur 70, disebabkan kemalangan yang berlaku semasa mengerjakan Haji atau Umrah di Makkah atau Madinah.
  • Manfaat Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal (HUMK)
    Jika Orang Dilindungi mengalami HUMK sebelum umur 65 pada hari lahir berikutnya, amaun Jumlah Dilindungi ditambah semua nilai terkumpul di dalam DPP, termasuk sebarang keuntungannya (jika ada) akan dibayar. Jika agregat Jumlah Dilindungi (bagi setiap Orang Dilindungi) ialah sehingga RM1 juta, ia akan dibayar secara sekaligus. Jika Jumlah DIlindungi melebihi RM1 juta, baki Jumlah Dilindungi akan dibayar satu (1) tahun selepas bayaran pertama dibuat, tertakluk kepada terma dan syarat-syarat yang dinyatakan di dalam Sijil Takaful.
  • Manfaat Badal Haji
    Jika berlaku perkara yang tidak diingini iaitu kematian atau HUMK sebelum sempat menunaikan Haji, kami akan memastikan kewajipan Haji Orang Dilindungi disempurnakan dengan membayar RM3,000 kepada Peserta atau Penama untuk menunaikan Badal Haji bagi pihak anda. Manfaat ini akan ditunaikan jika Elaun Haji tidak dituntut dan Orang Dilindungi mesti berumur 16 tahun ke atas. Untuk HUMK, Orang Dilindungi tidak melebihi umur 65 tahun.
  • Elaun Haji dan Umrah*
    Elaun sebanyak RM1,000 akan dibayar bagi mengerjakan Haji dan Umrah. Jika Orang Dilindungi mengerjakan Haji dan Umrah pada masa yang sama, hanya elaun Haji akan dibayar. Manfaat Haji dan Umrah tidak boleh dituntut dalam tahun sijil yang sama dan dengan syarat jarak 12 bulan dan tarikh tuntutan terakhir dibuat.
  • Manfaat Ihsar*
    Apabila Orang Dilindungi dalam keadaan berihram dan terhalang dari menunaikan Haji atau Umrah akibat keadaan kesihatan, Manfaat Ihsar sehingga RM1,000 sepanjang tempoh perlindungan akan dibayar untuk pembayaran balik kos penyembelihan haiwan.
  • Elaun Penjagaan Anak*
    Apabila menunaikan Haji, Orang Dilindungi akan menikmati ketenangan minda apabila anak-anaknya terjaga. Elaun Penjagaan Anak sebanyak RM1,000 akan dibayar. Umur anak mestilah tidak melebihi 18 tahun.

    * Sijil hendaklah berkuatkuasa sekurang-kurangnya 5 tahun dan semua sumbangan telah dibayar

No comments:

Post a Comment

Pindah Blog

Assalamualaikum Akibat kekangan masa, saya tak mampu nak update banyak-banyak blog. Oleh itu, apa saja cerita berkaitan Takaful saya akan pi...