Friday, April 17, 2015

Pengalaman Buat Takaful.....Part I

Assalamualaikum......

Hmmmmm....kali ni nak share la beberapa pengalaman yang telah saya lalui sepanjang buat business Takaful bersama Etiqa ni. Pengalaman kegagalan.

Kes Pertama : Saya cerita yang saya buat Takaful dengan customer sewaktu saya urut dia dalam pantang. Saya encourage dia ambik pelan Takaful untuk baby baru dia. Dia kata anak yang 1st dah ada...ambik dengan.....(maaf, nama sykt Takaful terpaksa dirahsiakan) tapi dia plan dah lama nak terminate katanya tapi saya tak benarkan. Kalau nak ambik dengan saya, ambil je yang anak No. 2 ni...yang dah ada tu teruskan je. Tapi dia tetap berdegil nak ambik dengan saya juga. Saya ni bukan apa....tak nak nanti orang kata saya curi client orang. Lepas tu....saya call, message....tanya la bila boleh saya dtg rumah lagi untuk sign-up borang Takaful Etiqa untuk baby baru sebab dah lebih 14 hari baby dia lahir....tak pernah reply. Saya sabar je. Tak nak la paksa orang kan. Pastu, dia ada order product dgn saya....masa saya hantar product, dia tak turun pun....husband dia je yang turun. Ok, saya sabar lagi. Think positive. Maybe dia tengah breast feed baby dia. After that, bila saya call dia tak pernah jawab call saya. Bila whatsapp pun dia tak pernah reply. Peliknya bila saya whatsapp tak sentuh tentang Takaful, tanya hal lain boleh pulak dia jawab. Hari tu dia yang beriya-iya sgt nak ambik Takaful dgn saya. Tak pe....bukan rezeki saya.

Kes Kedua : Orang ni dia memang dah tau dah join Takaful sebab kami pernah sama-sama berkursus. Waktu tu saya kursus dalam bidang saya iaitu urutan & dia dalam bidang dia. Bidang apa saya dah lupa. Bila isteri dia dah bersalin dia call saya untuk urut isteri dia. Seperti biasa, saya pun share la pasal Etiqa Takaful ni dgn dia. Katanya kesemua anak dia dah ada Takaful. Etiqa Takaful. Alhamdulillah. Saya pun cuba la nasib....yang baby baru ni boleh la try ambik dengan saya pulak. Ini disebabkan bila dia merungut yang agent sedia ada tak pernah ambik tau tak pernah service apa-apa selepas sign proposal form. Saya pun cerita la serba sedikit pasal education plan. Saya tinggalkan borang kat dia. Kemudian pada hari terakhir saya urut isteri dia, dia return proposal form tu kat saya, Dia kata nanti dulu sebab tengah banyak commitment skrg. Well, saya ni dah memang jenis tak suka nak paksa orang. Apa yang saya dah share apa yang saya dah usaha itu je la. Akhirnya sampai kesudah tak ambik juga. Call pun tak nak jawab dah. Tak pe....bukan rezeki saya.

Kes Ketiga : Ni kawan sendiri ni. Consider close gak la. Mau tak close. Dia pernah urut dgn saya. Kalau ada any function kat rumah dia atau mak dia, pasti dia jemput saya. Selalu juga keluar lunch sama. Bergurau senda tak payah cerita la. Dia mintak quotation kat saya, saya bagi....kemudian dia tak puas hati tanya lagi, mintak lagi. Saya ok je. Layankan je. Tak pernah marah pun. Sebab saya belajar setiap daripada soalan dia. Pernah dia cakap dgn saya, dia bukan la nak buli saya sebab asyik mintak quotation je tapi sebab dia memang betul2 nak ambik dgn saya jadi dia nak betul2 clear baru la dia nak sign proposal form tu. Finally, dia setuju & mintak form. Dia cakap dia nak bayar for 1 year terus untuk dia (pelan mabrur) & untuk anak2 dia (education plan), saya dah lupa....dia nak bayar quarterly ke yearly juga saya tak boleh nak ingat dah. Saya bagi form yang sementara je. Saya kata lepas saya dah isi kat form sebenar (mana ada client nak isi sendiri kat form sebenar sebab banyak ya amat kan) baru la saya bagi dia tengok & sign. Agak lama juga nak dapat balik temporary form tu. You know what, finally apa dia cakap....nak postpone sebab nak pakai duit. Tunggu lagi 3-4 months. Saya ok je. Takkan nak push dia pulak kan. Tapi saya cakap saya nak juga la temporary form tu sebab nak prepare apa yang patut dulu...nanti sampai masa dia tinggal check & sign je. Sampai kesudah saya tak dapat pun temporary form tu balik. Yang paling sadis, dia semakin menjauhkan diri dari saya. Bila saya tanya apa salah saya, tak de pulak katanya. Kalau dia tak jadi ambik, cakap je la terus-terang dgn saya. Dia kan kawan saya, dia tau perangai saya. Saya bukan jenis memaksa. Saya sentiasa percaya rezeki itu dari Allah. Kalau dia tak jadi ambik tak perlu nak jauhkan diri dari saya tak perlu nak putus kawan sebab saya ni always positive, always open minded. Kalau dah tak jadi ambik saya still gak akan berkawan dgn dia. Tak pe....bukan rezeki saya tapi terkilan dgn perbuatan dia terhadap saya. 

..........to be continued......

No comments:

Post a Comment

Pindah Blog

Assalamualaikum Akibat kekangan masa, saya tak mampu nak update banyak-banyak blog. Oleh itu, apa saja cerita berkaitan Takaful saya akan pi...