Wednesday, November 28, 2018

Saya Akan Membuat Anda Tersenyum........


Saya akan tetap membuat anda tersenyum sementara anda merancang Hibah anda.

Etiqa Mahabbah Takafulink adalah pelan takaful berkaitan pelaburan yang membantu anda memastikan impian mereka yang tersayang dapat diteruskan walaupun setelah ketiadaan anda melalui perkhidmatan Cepat & Mudah kami :

Hibah
Hibah anda akan diagihkan terus kepada pewaris yang dinamakan apabila anda meninggal dunia dan tambahan sebanyak 200% daripada jumlah yang dilindungi sekiranya kematian disebabkan kemalangan serta manfaat ihsan sejumlah RM5,000 akan dibayar.

Manfaat Penjagaan Hilang Upaya
Dapatkan 5% daripada jumlah yang dilindungi setiap tahun selama 5 tahun berturut-turut tanpa mengemukakan tuntutan tambahan.

Tanpa Pemeriksaan Kesihatan
Dapatkan perlindungan sehingga RM2 juta tanpa pemeriksaan kesihatan.

Fleksibel
Uruskan pelan legasi anda dengan tempoh pembayaran yang fleksibel bermula dri 5,10, 15 atau 20 tahun atau sehingga anda mencapai umur 100 tahun.

Nota:
Manfaat penjagaan hilang upaya akan dibayar selepas tuntutan manfaat hilang upaya diluluskan. Manfaat utama di atas adalah tertakluk kepada terma dan syarat.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi :

Farah Abdullah
Penasihat Kewangan & Takaful
012.256.7454
013.610.7004

Syukur Alhamdulillah

Syukur alhamdulillah....sikit-sikit lama-lama dapatlah hasilnya. Usaha tangga kejayaan. Di mana ada usaha di situ ada jalan. Rezeki itu milik Allah. Terima kasih pada semua adik-beradik, kawan-kawan dan clients di atas sokongan kepercayaan yang diberikan. Terima kasih pada ibuku yang sentiasa mendoakanku. Terima kasih pada suami yang sentiasa memberikan sokongan penuh dan sentiasa memahami. Terima kasih juga pada anak-anak.

Perjalanan ini masih jauh. banyak lagi rintingan dan cabaran yang perlu dilalui. Akan kuteruskan usaha ini untuk membantu mereka yang memerlukan. Tahniah juga kepada semua rakan-rakan seperjuangan saya.








Farah 
Takaful & Financial Consultant
012.256.7454
013.610.7004

Wednesday, October 24, 2018

Fakta Takaful

Assalamualaikum,

Suka untuk saya share di sini beberapa Fakta Takaful :

JIKA ANDA LAHIR DI DALAM KELUARGA YANG MISKIN, ITU BUKAN SALAH ANDA, ITU TAKDIR....TETAPI JIKA ANDA MENINGGALKAN KELUARGA ANDA DI DALAM KEMISKINAN ITU TERNYATA ANDA YANG BERSALAH! DENGAN TAKAFUL, KELUARGA ANDA TIDAK KAYA TETAPI MENJAMIN MEREKA SUPAYA TIDAK MISKIN!

JIKA SEORANG DOKTOR MENYELAMATKAN SESEORANG, PERUNDING TAKAFUL PULA MENYELAMAT KELUARGA SESEORANG (YANG TIDAK BERJAYA DISELAMATKAN OLEH DOKTOR)....

ANDA TIDAK PERLUKAN PELAN TAKAFUL KELUARGA SEKIRANYA ANDA SEORANG YANG BOLEH MERAMAL MASA DEPAN ATAU ANDA MEMILIKI `TIME MACHINE' YANG MEMBOLEHKAN ANDA KEMBALI PADA MASA LAMPAU.

SEKIRANYA KITA BOLEH KEMBALI SEMULA KE DUNIA DAN MELIHAT KEADAAN PASANGAN KITA DAN ANAK-ANAK YANG KESEMPITAN HIDUP KERANA KETIADAAN KITA, MAKA SUDAH PASTI KITA MENYESAL KERANA TIDAK MENGAMBIL PELAN TAKAFUL SEMASA HIDUP.

TAHUKAH ANDA? SEKIRANYA ANDA MENDAFTAR PELAN TAKAFUL PENDIDIKAN UNTUK ANAK ANDA, SIMPANAN PENDIDIKAN TERSEBUT AKAN DITERUSKAN PERCUMA OLEH SYARIKAT TAKAFUL SEKIRANYA ANDA HILANG UPAYA KEKAL MENYELURUH ATAU MENINGGAL DUNIA.

TAHUKAH ANDA? DENGAN MENDAFTAR PELAN PERLINDUNGAN KAD PERUBATAN (MEDICAL CARD), ANDA AKAN MENDAPAT RAWATAN SELESA DAN EKSKLUSIF DI HOSPITAL SWASTA SECARA PERCUMA KETIKA ANDA DIMASUKKAN KE WAD AKIBAT SAKIT ATAU KEMALANGAN.

TAHUKAH ANDA? SIMPANAN TAKAFUL DAN PAMPASAN KEMATIAN DARIPADA PELAN TAKAFUL BOLEH DIHIBAHKAN KEPADA MEREKA YANG ANDA SAYANG ATAU KEPADA SESIAPA SAHAJA YANG DIFIKIRKAN PERLU.

Farah
Takaful & Financial Consultant
012.256.7454
013.610.7004


Etiqa MyAccount

Assalamualaikum semua client tersayang. Sudahkah anda semua register MyAccount? Banyak kelebihannya tau register di MyAccount ni. Apa yang kita nak lakukan semua di hujung jari kita sekarang ini. Ada 10 perkara yang boleh anda lakukan setelah register MyAccount ni....


Bagaimana nak register MyAccount ni? Mudah saja. Ikuti cara-cara seperti gambar di bawah :


Sekiranya anda menghadapi masalah sewaktu dalam proses mendaftar atau setelah mendaftar anda boleh hubungi pihak Etiqa. Anda boleh chat dengan mereka. Respon mereka sangat cepat. Apabila anda layari laman web etiqa di www.etiqa.com.my di sana anda akan dapati ada button untuk chat.

Kemudahan telah disediakan. Kita hidup kini dengan dunia teknologi. Jadi, gunakan lah ia dengan sebaik mungkin. Di tambah pula sekarang ini client tidak lagi dibenarkan membayar secara cash samada di kaunter ataupun kepada agent. Pembayaran sekarang hanya dalam bentuk cheque (client cheque), Debit/Credit Card atau Auto Debit sahaja, which is lebih selamat. Arahan telah dikeluarkan. Dan, saya nampak cara ini memang lebih memudahkan client.

Farah
Takaful & Financial Consultant
012.256.7454
013.610.7004


Friday, September 7, 2018

Hibah Takaful

Assalamualaikum....

Adakah anda ingin memberikan yang terbaik untuk diri & keluarga anda? Gunakanlah cara HIBAH TAKAFUL.

Untuk Ayah, Ibu, Isteri, Anak-Anak, kita hibahkan takaful RM1,000,000 untuk mereka. Bagaimana caranya? Lihat seperti di bawah :

  • 10% (RM100,000) untuk selesai hutang
  • RM500,000 hadiah untuk isteri
  • RM100,000 hadiah untuk anak sulung
  • RM100,000 hadiah untuk anak ke-2
  • RM100,000 hadiah untuk anak ke-3
  • RM100,000 hadiah untuk ayah & ibu
Ini contoh jika ditakdirkan andapergi dulu. Andai kata ditakdirkan berlaku kecacatan kekal (TPD), jumlah RM1,000,000 itu adalah sebagai gaji anda. Andai umur panjang & sihat, Alhamdulillah lah, so ada return cash value dan itu adalah sebagai pencen anda.

Nak tahu pengiraan lebih detail, sila hubungi saya.

Farah
Takaful & Financial Consultant
012.256.7454
013.610.7004

Saturday, August 25, 2018

Aku & Business Takaful

Orang cakap business takaful ni susah!
Bkn susah tapi struggling...saya tetap buat...lagipun susah tu kan challenging...bila kita fikir susah maka susah la jadinya...

Orang cakap business takaful ni tak tahan lama, bersifat sementara...saya masih juga nak buat...walau client saya tak la sehebat client org lain...

Orang cakap business takaful ni tipu... saya buat juga tapi sampai hari ni tak nampak pun business ni tipu cuma org yg menipu ramai lah...

Orang cakap business lain lagi bagus dari business takaful...tapi pada saya, diri sendirilah yg mencorakkannya & saya tetap teruskan buat business ni...

Pendek kata, macam2 lah org ckp pasal business takaful ni tapi saya biarkan je & tetap buat spt biasa..lagi kuat orang mengata lagi kuat semangat saya utk buat sbb saya percaya lambat laun saya pasti berjaya...walaupun tak sampai jadi kaya but at least saya tak mengemis & menyusahkan org...saya tak meminta saya tak meminjam sebab saya tau yg
orang tetap akan mengata bilamana :             

🔴kita miskin
🔴kita susah
🔴kita kaya
 
Jadi, pedulikan je lah apa org nak kata sebab yg nak berjaya adalah kita...ketika kita susah bukannya yg mengata tu bantu kita...lagi dikata adalah...

Sebab makin kita senang, maka ramai orang sekeliling kita (yg berkenaan) akan turut senang !! Alhamdulillah sebab kita dpt bagi manfaat kat ramai org...itu lebih MULIA...rezeki semua dari Allah & Dia dah janji...sapa yg tak pernah putus asa Dia akan bagi...sapa yg tak lupa Dia..Dia akan bagi apa yg kita nak, In Shaa Allah. Inilah dakwah saya.

Diam tak diam dah 5 tahun buat business takaful ni...mcm2 onak & duri yg telah saya lalui. Betul la org kata, org yg paling sabar adalah org yg buat business Takaful.

I LEARN FROM EXPERIENCE!! HAVE TO IGNORE NEGATIVE PEOPLE!! WILL MAKE MORE FRIENDS/CONNECTIONS WITH POSITIVE PEOPLE!!NEVER GIVE UP....

Farah
Takaful Financial Advisor
012.256.7454
013.610.7004

https://api.whatsapp.com/send?phone=60122567454&text=Financial%20Practitioner%20

Wednesday, April 25, 2018

Wasiat

Wasiat ertinya iqrar seseorang yang dibuat masa hayat ke atas hartanya untuk disempurnakan selepas kematiannya bagi maksud kebajikan yang dibenarkan menurut Hukum Syarak.

Dalil Wasiat
Firman Allah SWT yang bermaksud "(Pembahagian itu) ialah sesudah diselesaikan wasiat yang diwasiatkan oleh si mati dan sesudah dibayar hutangnya." - [Surah An-Nisa' : 11]

Daripada Abdullah bin Umar r.a. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : "Seseorang muslim mempunyai sesuatu yang hendak diwasiatkan, tidak sepatutnya tidur selama dua malam, melainkan dalam keadaan wasiat telah siap ditulis di sisinya." - [Riwayat Al-Bukhari]

Rukun Wasiat

  • Pewasiat
  • Penerima wasiat (benefisiari)
  • Harta yang diwasiat
  • Lafaz wasiat
Syarat Pewasiat
  • Telah mencapai umur 18 tahun
  • Sempurna akal
  • Bertindak dengan sukarela dan tidak dipaksa
  • Tidak dihalang daripada mengurus hartanya
Syarat Penerima Wasiat (Benefisiari)
  • Diketahui dengan jelas
  • Bukan waris
  • Boleh menerima harta yang diwasiatkan menurut Hukum Syarak
  • Mempunyai kelayakan untuk memiliki dan mengurus harta yang diwasiatkan menurut mana-mana undang-undang bertulis
Syarat Harta Yang Diwasiat
  • Sesuatu yang boleh dijadikan harta pusaka atau boleh dijual beli semasa hidup pewasiat
  • Sesuatu yang bernilai dan boleh dipindahmilikkan selepas kematian pewasiat
  • Sesuatu yang wujud dalam milikan pewasiat, jika ditentukan atau wujud semasa kematian pewasiat, jika tidak ditentukan 
  • Sesuatu yang harus dan bukan sesuatu yang haram atau maksiat
Hukum Wasiat
Peringkat awal Islam, hukum wasiat kesemua harta kepada ibu bapa dan sanak saudara adalah wajib sebagaimana dalil Al-Quran yang bermaksud :

"Diwajibkan ke atas kamu, apabila seseorang daripada kamu hampir mati, jika dia meninggalkan harta, hendaklah dia membuat wasiat untuk ibu bapa dan kaum kerabat dengan cara yang baik, sebagai sesuatu kewajipan ke atas orang-orang yang bertakwa." -[Surah Al-Baqarah : 180]

Kewajipan ini telah dimansuhkan dengan ayat-ayat dan hadis-hadis yang berkaitan dengan pusaka. Namun, amalan berwasiat masih digalakkan dengan had maksima 1/3 dan ditujukan kepada selain waris.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :

"Sesungguhnya Allah telah memberikan kepada setiap orang yang berhak akan hak masing-masing. Oleh itu, tidak harus lagi berwasiat untuk mana-mana waris. - [Riwayat Abu Daud]

Had Wasiat
Pewasiat digalakkan tidak mewasiatkan hartanya melebihi 1/3. Berdasarkan hadis daripada Saad bin Abi Waqqas r.a. katanya  :

Rasulullah SAW menziarahiku ketika aku sakit tenat pada Haji Wada'. Aku berkata : "Ya Rasulullah, aku kini tenat, aku seorang yang berharta dan tiada yang mewarisiku melainkan anak perempuanku. Apakah boleh aku bersedekah dengan 2/3 hartaku?" Jawab baginda "Tidak". Aku bertanya : "Adakah boleh aku bersedekah dengan separuh hartaku?". Jawab baginda : "Tidak. 1/3 sahaja. 1/3 pun sudah banyak. Sesungguhnya engkau meninggalkan waris-waris engkau dalam keadaan kaya adalah lebih baik dari engkau meninggalkan mereka miskin dan meminta-minta dari orang ramai." 
- [Riwayat Bukhari dan Muslim]

Satu pertiga (1/3) adalah dikira setelah dijelaskan hutang yang berkaitan dengan harta atau tanggungan si mati. Sekiranya pewasiat menanggung hutang yang banyak hingga kehabisan segala hartanya, maka wasiatnya tidak perlu dilaksanakan.

Hikmah Disyariatkan Wasiat

Allah SWT mengharuskan wasiat kerana ia membawa faedah kepada pewasiat, kaum keluarganya dan masyarakat amnya. Pewasiat menerima faedah apabila dia menerima ganjaran dan pahala kerana wasiatnya. Kebaikan ini juga akan disebut-sebut selepas kematiannya.

Kaum keluarganya juga menerima faedah keana biasanya wasiat ditujukan kepada kaum keluarga yang tidak menerima sebarang harta pusaka ataupun anak angkat. Dengan ini mereka boleh menerima sebahagian daripada harta pusaka tersebut melalui wasiat. Mereka ini kadangkala terdiri daripada orang-orang yang memerlukan.

Wasiat merupakan salah satu cara untuk berinfaq kepada kepentingan tertentu seperti pembinaan masjid, sekolah, perpustakaan, hospital dan sebagainya. Dengan ini wasiat bolehlah dianggap sebagai suatu sistem takaful sosial dalam Islam kerana faedah dan kebaikannya memberi manfaat kepada msalahah umum.

Sumber : MAIS

Salam sayang,
Farah
Takaful Consultant
Wasiat/Hibah Consultant
Financial Practitioner
012.256.7454 | 013.610.7004





Wednesday, March 28, 2018

Kenapa Pelan Takaful Wajib Dimiliki Oleh Semua Orang Islam

Ada 9 sebab kenapa Pelan Takaful wajib dimiliki oleh semua orang terutama oramg Islam.....

1. Ketenangan Apabila Berlaku Musibah

Pelan Takaful boleh membantu memberi perlindungan kepada ketidaktentuan yang bakal berlaku dalam kehidupan. Jika anda mempunyai Pelan Takaful, ketika berlalu musibah, bantuan kewangan telah siap disediakan. Jika tidak, anda pasti mengharapkan belas kasihan dari adik-beradik, saudara-mara dan sahabat handai. Bayangkan fikiran anda ketika itu.

2. Bil-Bil Perubatan

Dalam keadaan ekonomi sekarang, kos perubatan hospital semakin tinggi. Hospital kerajaan pula menjadi semakin padat. Dan, dalam keadaan ekonomi  semakin merosot, Pelan Takaful boleh membantu anda untuk memudahkan dan menyelesaikan masalah ini. Anda boleh mendapatkan rawatan dalam keadaan yang selesa.

3. Tabung Simpanan

Selain faedah tempoh matang, Pelan Takaful turut melampirkan ruang untuk anda melabur melalui pelaburan syariah yang dibenarkan dalam Islam. Simpanan bertempoh yang disertakan dengan terbukti memberi kebaikan yang besar kepada peserta Takaful. Anda boleh merancang untuk membuat umrah,haji, pendidikan anak-anak dan lain-lain.

4. Perlindungan Perniagaan

Pelan Takaful bukan hanya untuk individu, malah ia juga boleh melindungi perniagaan anda daripada kerugian kewangan, liability atau ketidakstabilan dalam kes kematian seorang pemilik perniagaan atau rakan kongai. Tidak kira samada Pelan Takaful yang diambil itu untuk jangka masa pendek mahupun jangka masa panjang. Ianya tetap amat bernilai untuk sebuah perniagaan yang telah anda usahakan selama ini.

5. Saham Akhirat

Selain dari meninggalkan sejumlah wang simpanan untuk yang tersayang, anda juga boleh menggunakan Pelan Takaful untuk menghibahkan sejumlah wang untuk amal jariah. Bukan sahaja untuk kegunaan keluarga anda, tetapi ia juga boleh digunakan untuk masyarakat pada masa hadapan seperti hibahkan kepada Masjid, Rumah Anak Yatim dan sebagainya.

6. Perlindungan Terhadap Mereka Yang Tersayang

Semasa anda hidup, anda bekerja keras untuk keluarga anda dan menjaga pasangan anda. Amatlah penting untuk menyediakan satu Pelan Kewangan yang stabil untuj mereka meneruskan kehidupan yang selesa untuk tempoh sekurang-kurangnya 5 tahun.

7. Perlindungan Penyakit Kritikal Dan Lumpuh

Jika anda mengalami penyakit kritikal atau lumpuh atau hilang upaya kekal menyeluruh, kemungkinan kewangan anda akan terganggu secara mendadak disebabkan anda tidak dapat bekerja lagi. Pelan Takaful akan merancang untuk anda bagaimana anda dapat menjana bantuan kewangan selaras dengan pendapatan bulanan anda.

8. Kematian

Meninggal secara tiba-tiba samada dalam kemalangan atau sakit yang tidak dijangka atau sebab-sebab tertentu ini boleh berlaku pada bila-bila masa tanpa kita duga. Sekiranya anda pergi dulu, Takaful akan membantu keluarga anda untuk membayar segala hutang, bil-bil & segala kos tambahan yang anda ada semasa anda hidup. Ketahuilah bahawa Takaful menafikan perkataan ASSET  BEKU. Mudahkan urusan keluarga anda yang tersayang dengan menyediakan Pelan Takaful sekarang.

9. Pencen/Bersara

Anda boleh menggunakan Pelan Takaful sebagai pelan persaraan anda. Sekiranya tidak terjadi apa-apa risiko dalam beberapa tempoh, simpanan anda boleh dikeluarkan selepas tempoh matang. Ia sangat-sangat membantu anda menjalani keselesaan hidup selepas bersara.

Salam sayang,
Farah
Takaful Consultant
Wasiat/Hibah Consultant
Financial Practitioner
012.256.7454 | 013.610.7004

Sunday, March 25, 2018

Pengertian Takaful Dari Sudut Akta

Akta Takaful 1984 : Seksyen 2

“Sesuatu skim berdasarkan persaudaraan, perpaduan dan saling bantu-membantu, menyediakan bantuan kewangan kepada peserta jika pada masa diperlukan di mana peserta bersetuju untuk menyumbang untuk tujuan tersebut”

Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 : Seksyen 2 (Diperbaharui)

TAKAFUL ertinya suatu perkiraan yang berasaskan pertolongan secara bersama yang di bawahnya peserta takaful bersetuju untuk menyumbang kepada suatu kumpulan wang yang sama yang menyediakan manfaat kewangan bersama yang kena dibayar kepada peserta takaful itu atau kepada benefiisarinya pada masa berlaku sesuatu kejadian yang telah dipersetujui terdahulu.

Takaful bukan bertujuan untuk melakukan keuntungan tetapi untuk mengurangkan musibah.

Konsep dan falsafah Takaful adalah untuk menjaga kebajikan ekonomi dan keharmonian social (Khairat Kematian), untuk mewujudkan mekanisme social Ta’awun), sebagai tanda kepatuhan (Ubudiyah) kepada Tuhan (solat) dan konsep persaudaraan dan kasih sayang (keluarga sendiri).

Salam sayang,
Farah
Takaful Consultant
Wasiat / Hibah Consultant
Financial Practicioner
012.256.7454 | 013.610.7004

Friday, March 23, 2018

Assalamualaikum sahabat-sahabat syurgaku.....

Daripada Amir bin Saad bin Abi Waqas daripada ayahnya r.a. beliau berkata, Rasulullah s.a.w bersabda : Sesungguhnya kamu meninggalkan keluarga kamu dalam keadaan berharta lebih baik daripada kamu meninggalkan mereka dalam keadaan meminta-minta (dan akan menyusahkan orang lain)” - HR Bukhari dan Muslim.

Sahabat, jika kita nak menghararpkan pertolongan orng lain, berapa lama mereka akan tolong kita? 1 minggu? 1 bulan? 1 tahun? Lama- lama orang pun naik meluat dan pertolongan itu pun akan jadi tak ikhlas. Jadi, buatlah persediaan awal. Protect income sahabat. Ambil la protection untuk ahli keluarga sahabat. Jika belum mampu untuk ambil semua sekarang ini, ambillah untuk diri sahabat dulu. Di Etiqa ada pelan serendah RM50 aje sahabat. Memang pelan Etiqa mampu untuk dimiliki oleh semua golongan. Jangan terlalu berkira dengan family kita. Saya sayang sahabat-sahabat semua. Saya sedih bila sahabat-sahabat mampu untuk benda lain tetapi tidak mampu untuk Takaful.

Dalil : Surah Al-Jathiyah (Yang Melutut) - Ayat 18

Terjemahannya yang berbunyi : Kesudahannya Kami jadikan engkau (wahai Muhammad dan utuskan engkau) menjalankan satu Syaria’at (yang cukup lengkap) dari hukum-hukum agama; maka turutlah Syari’at itu, dan janganlah engkau menurut hawa nafsu orang- orang yang tidak mengetahui (perkara yang benar).

Sahabat, bertukarlah kepada Takaful sekarang sekiranya sahabat ada memiliki conventional insurance. Takaful merupakan wasilah untuk mencapai matlamat penjagaan harta. Matlamat syariah adalah untuk menjaga nyawa, agama akal, keturunan dan barta.

Salam sayang
Farah
Takaful Consultant
Hibah/Wasiat Consultant
Financial Practicioner
0122567454  | 0136107004

Wednesday, March 7, 2018

Pencen Hibah

Kita tengok senario ini.....

Tinggalkam RM500,000 pada isteri dan anak-anak......isteri pulak ambil RM300,000 (sebab baki RM200,000 settle kan segala macam hutang)...RM300,000 tadi isteri simpan dalam ASB.....

Katakan lah dividen 7%
RM300,000 x 7% = RM21,000 setahun
RM21,000 / 12 bulan = RM1,750 sebulan pendapatan isteri (kira mcm suami tinggalkan pencen dia untuk isteri & anak-anaklah....cantik kan? ok la dengan amount tu untuk mereka teruskan kehidupan, daripada tiada langsung...paling teruk tinggalkan segala hutang untuk isteri & anak-anak...mereka pula yang nak kena cari duit untuk selesaikan hutang simati. Jangan tinggalkan isteri & anak kamu dalam keadaan meminta-minta.

Tapi, macamana nak dapat RM500,000 tu? Carilah saya, Takaful Consultant anda. 😊

Salam Sayang,
Farah
Takaful Consultant
Wasiat/Hibah Consultant
Financial Practicioner
0122567454 | 0136107004

Tuesday, March 6, 2018

Mati Itu Pasti

Mati itu pasti cuma kita tak tahu bila.

Apa yang anda faham dari gambar ini? Perlukan penjelasan? Saya kira ramai bijak pandai di luar sana yang tahu untuk mentafsirkannya cuma mungkin belum terbuka hati untuk mengambil pelan takaful atau mungkin tidak ada yang approach atau mungkin juga langsung tidak tahu apa itu pelan takaful.


Salam Sayang,
Farah
Takaful Consultant
Financial Practicioner
Wasiat/Hibah Consultant
0122567454 | 0136107004

Sunday, March 4, 2018

Hibah

Hibah adalah suatu akad yang mengandungi pemberian milik oleh seseorang secara sukarela terhadap hartanya kepada seseorang yang lain pada masa hidupnya tanpa balasan.

Dalil Hibah
Firman Allah SWT yang bermaksud,”.....dan memberi harta yang dikasihi kepada keluarga terdekat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan yang terlantar dalam perjalanan,....” (Surah Al-Baqarah : Ayat 177)

Daripada Abu Hurairah r.a. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : Saling memberi hadiahlah kamu nescaya kamu akan saling sayang-menyayangi. (Riwayat Al-Bukhari)

Faedah Hibah :

1. Pewarisan/pemindahan harta yang mudah dan cepat
2. Harta yang dihibah tidak boleh dituntut mana-mana waris
3. Boleh diberikan kepada sesiapa saja termasuk waris yang tidak layak menerima harta pusaka
4. Jumlah yang diberikan tidak terhad
5. Sunat berhibah secara sama rata kepada ahli waris
6. Harta yang telah dihibah akan terkeluar dari harta pusaka

Rukun Hibah

1. Pemberi Hibah
2.. Penerima Hibah
3. Barang yang sihibahkan
4. Akad Hibah

Syarat Pemberi Hibah

1. Mestilah pemilik kepada barangan
2. Mestilah mempunyai kelayakan untuk memberi hibah
3. Mempunyai kuasa penuh untuk menggunakan hartanya

Syarat Penerima Hibah

1. Berkelayakan menerima hibah termasuklah yang bukan mukallaf seperti kanak-kanak dan orang yang tak sempurna akal atau OKU. Namun, penjaga atau pemegang amanah boleh dilantik bagi pihak mereka

2. Penerima hibah wujud ketika hibah dibuat

3. Boleh menguasai harta yang dihibahkan (qabd)

Syarat Barang Yang Dihibah

1. Wujud ketika hibah dibuat

2. Barang tersebut mestilah barangan yang bernilai

3. Mestilah daripada hakmilik pemberi hibah

Kadar Harta Yang Boleh Dihibah 

Hukum syarak memberikan kebebesan kepada pemilik harta untuk melakukan pemberian tanpa terikat kepada kadar tertentu. Bahkan, menurut ijmak, adalah harus bagi pemilik harta yang waras fikirannya menghibahkan keseluruhan hartanya. Namun, Rasulullah SAW mengingatkan kita supaya berlaku adil kepada anak-anak sebagaimana hadis Rasulullah SAW yang bermaksud : Bertakwalah kepada Allah s.w.t. dan berlaku adillah sesama anak-anak kamu. (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Hibah Semasa Marad Al-Maut

Pemberi hibah yang ingin melakukan hibah dalam keadaan marad al-maut iaitu keadaan di mana pemberi hibah sakit tenat, sakit yang membawa kepada kematian atau sakit yang menyebabkan dia tidak mampu melaksanakan urusan hariannya, maka hibahnya tidak boleh melebihi dari 1/3 hartanya dan tidak boleh dihibahkan kepada ahli waris. Sekiranya ia berlaku sedemikian iaitu melebihi datipada 1/3 harta yang diberikan kepada ahli waris samaada kurang dari 1/3 atau lebih, maka ia tertakluk kepada keizinan atau persetujuan daripada waris yang lain.

Pembatalan Hibah

Hukum asal hibah adalah memberi implikasi pemilikan yang lazim. Oleh itu, pembatalan hibah adalah tidak boleh dilakukan. Ia sebagaimana hadis Rasulullah SAW yang bermaksud : Orang yang menarik kembali hibahnya adalah seperti seekor anjing yang menjilat kembali muntahnya. (Riwayat Al-Nasa’i, Ibn Majah, Ibn Hibban dan Al-Baihaqi)

Namun, para fuqaha’ memberikan pengecualian iaitu dengan mengharuskan pembatalan hibah
seorang bapa, ibu, datuk atau nenek kepada anak atau cucunya. Ini bersandarkan kepada sebuah hadis Rasulullah SAW yang bermaksud : Tidak halal bagi seorang yang telah menghulurkan satu pemberian menarik kembali pemberiannya melainkan pemberian seorang bapa kepada anaknya. (Riwayat Tirmizi, Al-Nasa’i, Ahmad dan Al-Baihaqi)

Sumber : Majlis Agama Islam Selangor 

Hibah ada 2 jenis iaitu :

1. Hibah Bersyarat
2. Hibah Mutlak

Apa pula Hibah Takaful? Tunggu tulisan saya yang akan datang.


Salam Sayang,
Farah
Hibah/Wasiat Consultant
Takaful Consultant
Shariah Financial Practicioner
0122567454
0136107004

Pelan Gantian Pendapatan

Assalamualaikum....

Sudah lama benar saya tak update blog. Kali ini saya nak beritahu kepada semua....nak beritahu semua orang supaya sediakan plan takaful buat keluarga tersayang. Tidak kira anda dari golongan amana sekalipun. 

Pernah tak anda terfikir?
Gaji suami - RM5,000
Gaji isteri - RM3,000
Total - RM8,000

Komitmen bulanan...kata lah :
Bayar rumah (sewa atau rumah sendiri) - RM1,000
Kereta - RM1,000
Utility bills - RM200
Bil unifi - RM200
Bil astro - RM100
Perbelanjaan sekolah anak-anak - RM1,000 (anggaran 2 oang anak)
Pinjaman peribadi - RM700
Lain-lain - RM500
Total - RM4,700

Baki tinggal RM3,300 untuk belanja dapur dan sebagainya selama 1 bulan. 

Cubalah bayangkan kalau satu hari nanti, tiba-tiba sumber pendapatan anda terputus buat selama-lamanya disebabkan kematian, penyakit kritikal atau hilang upaya kekal (we never know sebab tiada siapa yang akan tahu apa akan terjadi pada kita pada hari esok). Bayangkan, disebabkan terputusnya sumber pendapatan itu, isteri terpaksa menanggung 100% keseluruhan perbelanjaan. Jika gaji isteri RM3,000 tadi dan total perbelanjaan untuk keluarga adalah RM4,700...bermakna sudah kurang RM1,700...tiada lebihan langsung malah negative. Itu jika isteri yang bekerja. Bagaimana pula bagi isteri yang tidak bekerja? Allahuakbar....dapatkah anda bayangkan? Sanggup ke anda membiarkan isteri dan anak-anak dalam keadaan meminta-minta?

Jika anda ketua keluarga, Takaful memang sangat mengalakkan anda untuk mengambil plan gantian gaji & harta segera, kemudian dihibahkan terus kepada isteri dan anak-anak.

Dengan hanya serendah RM100 sahaja sebulan, anda dapat bersedia dengan sebarang kemungkinan yang akan berlaku. Caruman hibah RM100 sebulan itu akan diberikan semula jika tiada berlaku apa-apa musibah. Simpanan itu juga akan diberikan compounding interest profit. Jadi, tidak ada ruginya.

Fikirkanlah...adakah anda masih berkira-kira untuk sediakan plan hibah buat keluarga anda? Apakah anda tidak sayangkan mereka?

Saya sedia bantu anda. 

Salam Sayang,
Farah
Takaful Consultant
Shariah Financial Practicioner
Hibah/Wasiat Consultant 
0122567454
0136107004


Pindah Blog

Assalamualaikum Akibat kekangan masa, saya tak mampu nak update banyak-banyak blog. Oleh itu, apa saja cerita berkaitan Takaful saya akan pi...