Thursday, March 5, 2020

Harta

Assalamualaikum...

Apa beza di antara Perancangan Harta, Pentadbiran Harta Pusaka, Pengurusan Harta Pusaka dan Pembahagian Harta Pusaka? Nampak sama sahaja tapi sebenarnya tak serupa.

1) Perancangan Harta :
-hibah+wasiat+waqaf+amanah+takaful dll

2) Pentadbiran Harta Pusaka :
-Amanah Raya+Unit Pusaka Kecil+Mahkamah Tinggi Sivil

3) Pengurusan Harta Pusaka :
-Belanja pengebumian+hutang  +badal haji+fidyah+sedekah+tunaikan wasiat kepada bukan waris+harta sepencarian dll

4) Pembahagian Harta Pusaka :
-Faraid+persetujuan bersama

Siapa kata dah ada Faraid tak perlu susah-susah nak merancang harta? Cuba tengok kat mana peringkat faraid. Peringkat yang terakhir sekali dalam bab pembahagian. Sesuatu harta pusaka tak akan dapat difaraidkan selagi tak selesai urusan pentadbiran dan pengurusannya. Urusan pentadbiran dan pengurusan harta pusaka akan memakan masa yang lama dan panjang sekiranya tidak ada perancangan harta.

Jika dengan faraid sahaja boleh selesai masalah, kenapa harta pusaka umat Islam yang beku semakin meningkat saban tahun dan hampir mencecah ke rm70 billion?

Dah nampak di mana kepentingan merancang harta? Perancangan harta bukan mengelak faraid tetapi melengkapkan faraid itu sendiri.

Salam sayang,
Farah Abdullah
Financial Advisor | Takaful Consultant
0122567454 | 0136107004
"To know me is to love me"

No comments:

Post a Comment

Pindah Blog

Assalamualaikum Akibat kekangan masa, saya tak mampu nak update banyak-banyak blog. Oleh itu, apa saja cerita berkaitan Takaful saya akan pi...