Wednesday, August 26, 2020

Risk Management

"Insurans berat sebelah! Bukan nak tolong pun!"

Realitinya, client sudah pun tidak layak untuk dapatkan perlindungan. Ya, tidak semua orang LAYAK dapatkan Takaful.

Sebab Takaful ini ialah 'RISK MANAGEMENT' - maksudnya ia untuk pelanggan menangani risiko diri jika sesuatu berlaku. Dengan statistik yang menunjukkan ramai rakyat Malaysia terdedah kepada risiko penyakit berbahaya. Anda rasa penting tak untuk SEMUA orang dapatkan perlindungan?

Takaful ini satu pilihan, tetapi mendapat penyakit itu satu takdir. Kita semua tidak terkecuali kepada risiko mendapat penyakit. Jadi, bersiap-sedialah diri sebelum terlambat.

Sediakan ☔ sebelum hujan.

Tekan sini untuk whatsapp pertanyaan

#financialadvisor #solutionprovider #agentdisukairamai #superhottakafulagent

Sunday, August 9, 2020

Ujian Allah

Lelaki yang wajahnya handsome, Allah uji dengan dikelilingi perempuan yang mahu menggodanya.

Perempuan yang wajahnya cantik, Allah uji dengan rasa mahu sentiasa kelihatan cantik.


Perempuan yang badannya langsing, Allah uji dengan rasa mahu pakai baju ketat-ketat ikut bentuk badan.


Mereka yang ada ilmu, Allah uji dengan rasa mahu acah tahu semua perkara sehingga abaikan pandangan lain.


Mereka yang kuat pegangan agama, Allah uji dengan rasa dirinya saja yang betul sampai boleh menghukum orang sesuka hati.


Mereka yang kaya dan banyak harta, Allah uji dengan sifat tamak, kedekut dan tak mahu bersedekah kerana takut hartanya berkurangan sedangkan harta dan kekayaannya itu cuma pinjaman.


Mereka yang susah, Allah uji dengan pelbagai persoalan sehingga menafikan kewujudan Allah.


Mereka yang senang, Allah uji dengan rasa ujub, kerana dia rasa dia bijak dapat mengaturkan segalanya.


Mereka yang sakit, Allah uji dengan rasa putus asa dengan hidup sendiri.


Mereka yang banyak masalah, Allah uji dengan rasa banyak mengeluh, sedih dan kecewa berterusan.


Mereka yang sedang berhijrah, Allah uji dengan pelbagai godaan ke arah gaya hidupnya yang dulu.


Mereka yang sudah lama berhijrah, Allah uji dengan rasa kosong dalam hati.


Mereka yang belum berhijrah, Allah uji dengan sifat suka bertangguh dan merasakan mati itu lambat lagi. 


Tiada siapa pun akan terlepas dari ujian Allah. Semuanya datang dalam pelbagai bentuk dan waktu yang berbeza-beza. Yang membezakan kita antara satu sama lain di sisi Allah ialah sejauh mana ikhlasnya kita dan kesungguhan kita menjalani hidup berlandaskan syariat. 


Ingatlah, Setiap pilihan yang kita pilih adalah UJIAN.


Setiap tindakan yang kita buat adalah UJIAN.


Setiap perkara yang terfikir juga adalah UJIAN.


Setiap pencapaian yang Allah beri juga satu UJIAN.


Setiap pujian juga adalah UJIAN.


Setiap kejian juga adalah UJIAN.


Kesimpulannya, setiap apa yang Allah benarkan untuk berlaku adalah UJIAN untuk manusia.


Untuk melihat tahap keimanan seseorang sama ada ujian itu mendekatkan atau menjauhkan kita dari Allah. Letaknya pada diri kita sendiri. Tepuk dada tanyalah iman.


Alhamdulillah. Kita semua di uji Allah...


Nota kaki :

Saya tak tau article ni original nya dari siapa tapi saya rasakan ianya menarik untuk dikongsi. Cuma saya edit a little bit tanpa mengubah maksud yang nak disampaikan penulis asal. Halalkan saya share di sini ye wahai penulis asal (kalau anda ada terbaca).


Pindah Blog

Assalamualaikum Akibat kekangan masa, saya tak mampu nak update banyak-banyak blog. Oleh itu, apa saja cerita berkaitan Takaful saya akan pi...