Sunday, August 21, 2022

Video Yang Wajib Anda Tonton

Hai! Assalamualaikum.


Saya mendoakan agar korang semua diberikan kesihatan yang baik & dimurahkan rezeki selalu serta dipermudahkan segala urusan. 🥰


Saya dengan rasa berbesar hati nak kongsikan video ni kepada korang semua kenapa setiap orang perlu membuat perancangan kewangan ketika masih sihat & mampu untuk bekerja mencari rezeki.😊


Jika perkongsian ini bermanfaat , mohon jasa baik untuk kongsikan kepada keluarga & rakan-rakan supaya mereka juga sempat untuk buat perancangan kewangan bagi melindungi risiko kesihatan & kewangan di masa hadapan. 🤗


Terima kasih. Happy watching!😍


Farah Abdullah

Risk & Financial Advisor

0122567454

#fantasticfarah #farahkaya #sweetfarah #agentdisukairamai #riskandfinancialadvisor

Friday, June 3, 2022

Mentality Tentang Takaful

Assalamualaikum....

Tiba-tiba teringat akan kata-kata isteri client saya sewaktu saya berjumpa client saya untuk sign-up Pelan Takaful. Masa tu dia ambik Pelan Mawaddah. Dia dah ada sakit jantung tapi tak ada lagi Pelan Hibah Takaful. Kebetulan Mawaddah 1.0 tu memang semua boleh ambik tak kira sakit apa pun.

Nak tau wife dia cakap apa dengan saya? 
"Ambik je la maximum coverage. Takaful kan bukannya Insurance" 
Ini juga telah menunjukkan dia mempercayai saya. Walaupun pertama kali berjumpa, tapi dia telah mempercayai saya. Syukur kerana Allah telah menghantar orang yang mahu menyokong business yang saya buat. 

Kalau la semua orang punya mentality macam Puan tersebut terutama orang Melayu kita, alangkah mudahnya kerja kami sebagai Perunding Takaful 😉😉😉

Hibah untuk kemaslahatan ummah.


#riskandfinancialadvisor
#agentdisukairamai
#trustedagent
#farahetiqa

Sunday, April 3, 2022

Selamat Berpuasa

Assalamualaikum

Selamat menjalani ibadah puasa buat semua terutama buat clients kesayangan saya.

Semoga ibadah puasa kita kali ini diterima oleh-Nya.

Semua dah submit income tax ke? Jangan lupa untuk masukkan sumbangan Takaful korang untuk mendapatkan tak exemption. Kalau perlu bantuan boleh hubungi saya.

Kalau nak renew insurance & road-tax kereta jangan lupa cari saya tau 🤗

#riskandfinancialadvisor
#agentdisukairamai
#advisordisukairamai

Friday, February 18, 2022

Death Claim

Saat yang menggembirakan buat Agent Takaful adalah apabila claim client dia telah diluluskan dan dibayar pada pewaris.

Ini merupakan claim pertama (under death claim) yang saya buat bagi pihak client saya. Client saya ni kerja driver je tapi saya puji sikap tanggungjawab dia nak ambil Takaful untuk masa depan isteri & anak dia sekiranya terjadi apa-apa pada beliau. Beliau hanya mempunyai seorang aje anak. Perempuan pula tu. Isteri memang bekerja tapi kerja biasa-biasa aje la. Mereka dah ambilkan Takaful Pendidikan untuk anak mereka. Ambil dengan saya juga. 

Client saya ni ambik Takaful dengan saya pada 2019 dengan sum-covered RM80k aje (better than nothing). Ditakdirkan usia beliau tak panjang. Sehari selepas beliau meninggal baru la isterinya beritahu saya. Rupanya dah setahun dia kena stroke. Beliau juga ada kencing manis. Client saya ni memang tak suka menyusahkan orang, kalau jadi apa-apa kat dia orang pun senyap je. Tak nak menyusahkan saya katanya.

Syukur alhamdulillah, claim dia telahpun dibayar sebanyak RM87,225.90 kepada balu beliau. Balu merasa sedih campur gembira. Saya pula rasa gembira dan puas hati sebab dapat menyelesaikan masalah client saya.


#Risk&FinancialAdvisor
#agentdisukairamai
#farahkaya

Pindah Blog

Assalamualaikum Akibat kekangan masa, saya tak mampu nak update banyak-banyak blog. Oleh itu, apa saja cerita berkaitan Takaful saya akan pi...