Cantik article ni. Tapi saya tak tahu siapa penulis asalnya. Untuk kebaikan bersama saya share di sini. Moga memberi manfaat & peringatan buat kita semua. Jika ada yang tak betul mungkin boleh kita sama-sama perbetulkan tulisan insan ini....
*************************************
*JANGAN DIKUNCI PINTU MASJID*
πͺππͺππͺπ
Sahabat, bila suatu hari nanti anda atau saya diizinkan Allah mampu membina masjid,
ππππ
Pesanan hamba;
Bukalah pintu masjid 24 jam agar kita tidak malu dihadapan Allah yang telah membukakan pintu keampunanNya untuk kita semua setiap masa.
Barangkali ada saudara kita yang ingin beri'tikaf malam atau bertahajjud dan pintu masjid yang dijaga oleh ta'mir tetap terbuka.
*Jangan tulis "Dilarang Tidur di dalam Masjid",* kerana kita tidak tau ada musafir yang tiada wang untuk menginap di hotel.
Perkarangan masjidlah tempat mereka berhenti rehat jika tiada disediakan tempat khas untuk tetamu.
Jangan tulis,
π°πΏπ½π°πΏπ½
*"Selain jamaah masjid dilarang menggunakan toilet".*
Mengapa tidak fikir musafir terutama ada anak kecil, hanya menumpang berak kencing.
πΆπ§π»πΆπ§π»π¦π»π§π»
Jangan tulis *"Jangan membawa anak2 kecil",* ketahuilah anak2 itulah yang akan jadi penerus generasi.
Sahabatku, semarak masjid seselesa mungkin, kerana masjid bukan hanya sekadar tempat sujud, tetapi boleh digunakan untuk bermusyawarah, menimba ilmu serta menenangkan hati dan merehatkan zahir dan batin.
Sebelum hamba berundur, "Bila anda jadi pengerusi masjid, *jangan bangga jumlah infak yang banyak* tetapi tidak digunakan untuk kemakmuran masjid & Hidupkan 5 amal masjid..DAKWAH | TAKLIM |TAKLUM | IBADAT | KHIDMAT.
*Ingatlah!*
π·πΆπ΄π΅
*Orang berinfak ke masjid itu berharap pahala jariah, bagaimana mereka dapat pahala amal jariah dan anda dapat pahala menjaga amanah, sedangkan wang infak mereka tuan2 tidak gunakan, kerana tuan2 hanya bangga dengan jumlah banyaknya saja, dipamirkan untuk menunjukkan tuan2 dan ajk2 lain tidak songlap duit masjid. π°π°π°*
ππ²π΅πππ
Permudahlah setiap orang yang singgah di masjid, terutama tandas yg bersih, cantik dan selesa dgn kemudahan yg mencukupi dan sempurna.
Barangkali kerana amal kecil itu boleh menjadi sebab ke syurgaNya.
Tulisan ini ditujukan kepada Tuan Imam, Pengerusi dan AJK masjid di tepi jalan besar dan lebuh raya di seluruh negara.
Jika dibimbangkan barang2 masjid dicuri, barang2 penting dan berharga, simpan dlm bilik yg berkunci dan/atau pasang cctv. Banyak masjid dah pasang cctv.
Tulisan ini hanya untuk menasihati diri sendiri yang sering lupa.π
*ADA MASJID YG SANGGUP BIARKAN JEMAAH KEPANASAN. SUHU AIR COND SLOW DAN KELAJUAN KIPAS SEDERHANA.*
Saya bukanlah orang yang HEBAT, tetapi saya mahu belajar dari orang yang HEBAT. Saya adalah orang biasa tapi saya ingin menjadi orang yang LUAR BIASA. Saya suka apa yang saya buat. Saya sanggup belajar dan diajar dan terus belajar. Kenali saya cintai saya.Trust-Love-Respect.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Pindah Blog
Assalamualaikum Akibat kekangan masa, saya tak mampu nak update banyak-banyak blog. Oleh itu, apa saja cerita berkaitan Takaful saya akan pi...
-
Assalamualaikum w.b.t..... Saya nak kongsikan di sini apa itu MRTT, MLTT, MRTA & MLTA dan perbezaannya. Pertama sekali, sebelu...
-
Assalamualaikum..... Apakah yang anda tahu tugas sebagai seorang Perunding Takaful atau Penasihat Takaful ini? Tugas kami adalah BERTIND...
-
Assalamualaikum semua client tersayang. Sudahkah anda semua register MyAccount? Banyak kelebihannya tau register di MyAccount ni. Apa yang k...
No comments:
Post a Comment