Friday, October 3, 2014

Medical Card

Uniknya medical card Etiqa Takaful. Kenapa saya kata begitu? Sebabnya, kebanyakan syarikat takaful lain, mengambil medical card adalah wajib/mesti apabila seseorang itu mengambil mana-mana pelan produk mereka. Tetapi di Etiqa, Medical Card adalah tambahan daripada pelan produk sedia ada. Tiada paksaan jika anda tidak mahu ambil pada awal tempoh sijil kerana anda boleh top-up pada bila-bila masa sahaja yang anda rasakan perlu (selepas setahun tempoh sijil) tetapi kami amat menggalakkan anda untuk mengambilnya. Ulang suara....MENGGALAKKAN....bukan PAKSAAN. Ini kerana ada terdapat pelbagai kemungkinan yang membuatkan anda tidak mahu mengambil medical card seperti segala kos perubatan anda telah di cover sepenuhnya oleh syarikat tempat anda bekerja atau mungkin budget anda belum mencukupi dsb.

Perlu diingatkan, apabila ingin membuat penambahan medical card, anda perlu mengisi borang akuan kesihatan. Itu sahaja. Mudah kan?

Selain unik, medical card Etiqa Takaful merupakan medical card yang terbaik dan mudah untuk membuat claim sekiranya anda mengikut prosedur yang betul. Kenapa saya kata terbaik? Antara sebabnya ialah :

1. No co-takaful (bill & ward 100% covered)
2. Maximum annual limit RM1.5k
3. Cover untuk medical 2nd opinion
3. Cover untuk alternative medicine
4. Mendapat pulangan jika anda kekal sihat

......dan banyak lagi kelebihan & kebaikan dengan Medical Card Etiqa Takaful ini. Milikinya sekarang. Medical Card Etiqa Takaful adalah yang terbaik. Hubungi saya : Farah (012.256.7454 / 013.610.7004) untuk temujanji.

Pelan Simpanan Haji & Umrah

Etiqa Takaful telah membuka jalan bagi memudahkan umat islam menunaikan umrah & haji. Produk yang dinamakan Mabrur ini juga telahpun meraih Anugerah Produk Terbaik. Jadi, ianya tidak perlu diragui atau dipertikaikan lagi.

Setiap umat islam pasti ada menyimpan hasrat untuk ke Mekah. Menunaikan fardhu haji itu wajib bagi umat islam yang mampu dan sesungguhnya setiap orang islam yang bekerja yang mempunyai pendapatan tetap atau yang mempunyai perniagaan sendiri adalah mampu untuk pergi menunaikan fardhu haji. Terpulang kepada mereka bagaimana hendak menguruskan kewangan mereka. Hubungi saya, Farah di 012.256.7454 atau 013.610.7004 untuk temujanji & saya akan advise anda bagaimana dengan mengambil pelan mabrur dari Etiqa ini yang akan membuatkan anda dengan mudah untuk menunaikan fardhu haji dengan memperoleh banyak manfaat.

Samada anda sudah atau belum mempunyai akaun tabung haji, samada anda sudah pergi menunaikan haji sebelum ini, samada anda sudah daftar haji atau belum....anda layak menyertai pelan ini. Hubungi saya & saya akan terangkan kepada anda sehingga anda betul-betul faham dan yakin yang produk mabrur ini adalah produk terbaik. Secara peribadi saya memang recommend sangat orang islam mengambil pelan ini kerana ia adalah pelan yang memang sangat...sangat...sangat bagussssssss. 

--------------------------------------------------------------------------------------

Sempurnakan Lima Rukun Islam Anda
Sebagai salah satu rukun Islam, adalah menjadi kewajipan ke atas setiap Orang Islam yang mampu mengerjakan Haji, untuk menjadi tetamu Allah sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup. Sebagai satu perhimpunan tahunan terbesar di dunia, Haji adalah simbolik kepada perpaduan umat Islam sebagai penyerahan kepada Tuhan. Ia adalah satu perjalanan yang indah untuk memohon keampunan, sebagai satu bentuk jihad paling mudah dan peluang untuk menebus dosa dan bermula semula dalam keadaan diri yang bersih lagi suci.

Dengan perjalanan yang penting ini, perancangan awal dan terbaik adalah perlu bagi memastikan anda telah bersedia secara mental, spiritual dan paling utama, kewangan. Mulakan perancangan sekarang untuk mencapai destinasi utama anda.



Lakukan Perbezaan ke Arah Perjalanan Spiritual Anda
Mabrur ialah pelan Takaful simpanan dan perlindungan komprehensif yang melengkapkan persediaan anda untuk menunaikan ibadah Haji dan Umrah. Etiqa menyediakan One Stop Centre untuk anda merancang perjalanan Haji dan Umrah yang lebih baik. Kami akan membantu proses pembukaan akaun Tabung Haji tanpa bayaran dan pendaftaran Haji anda setelah Bayaran Tunai tetap pertama dibayar.

Pelan ini disertakan Bayaran Tunai tetap yang dibayar pada akhir tahun ke-3 sijil dan setiap tahun yang berikutnya dengan Bayaran Tunai tetap sebanyak 10% akan dibayar pada akhir tahun ke-3 sijil. Bayaran Tunai tetap ini akan dikumpulkan di dalam akaun Tabung Haji sebagai simpanan untuk memenuhi keperluan spiritual dan pelan-pelan lain anda dan yang tersayang. Pelan ini menyediakan perlindungan komprehensif untuk kedua-duanya, Peserta dan Orang Dilindungi, malah anda mempunyai fleksibiliti untuk memilih tempoh perlindungan dari 20 sehingga 30 tahun.



Manfaat Utama
  • Mula tambahkan simpanan anda
    Nikmati Bayaran Tunai tetap sehingga 10% daripada Jumlah Asas Dilindungi. Bayaran Tunai pertama akan dibayar pada akhir tahun ke-3 sijil dan setiap tahun berikutnya.


Akhir Tahun Sijil

% Jumlah Asas Dilindungi

3

10%

4 to 14

3%

15 to 24

4%

25 to 30

5%

Sub Jumlah

113%

Tambahan 10% menjelang tempoh matang

10%

Jumlah Keseluruhan*

123%

  • * Akhir Tahun Sijil yang tidak melebihi 30 tahun, jumlah Bayaran Tunai tetap yang diterima adalah kurang daripada 123%
    Semua Bayaran Tunai tetap akan secara automatik dikreditkan ke dalam akaun Tabung Haji Orang Dilindungi untuk menabung bagi tujuan menunaikan Haji atau Umrah dan pelan masa depan yang lain. Apabila mencapai tempoh matang, Bayaran Tunai tetap tambahan sebanyak 10% daripada Jumlah Asas Dilindungi akan dibayar kepada Orang Dilindungi.
  • Manfaat Matang
    Pada akhir tempoh Takaful, nilai terkumpul dalam Dana Pelaburan Peserta (DPP), jika ada, termasuk keuntungan daripada pelaburan dana tersebut , dan lebihan Dana Risiko Peserta (DRP), jika ada, yang telah diperuntukkan akan dibayar kepada Peserta

Perlindungan Komprehensif
  • Manfaat Kematian
    Jika Orang Dilindungi meninggal dunia akibat kemalangan atau sebab semula jadi, amaun Jumlah Dilindungi, Perbelanjaan Pengebumian sebanyak RM1,000 berserta nilai terkumpul dalam DPP, termasuk sebarang keuntungan DPP dari pelaburannya dan DRP, jika ada, akan dibayar.
  • Indemniti Berganda ke atas Kematian akibat Kemalangan
    Kami menyediakan tambahan 100% daripada Jumlah Dilindungi yang dibayar jika Orang Dilindungi meninggal dunia sebelum umur 70, disebabkan kemalangan yang berlaku semasa mengerjakan Haji atau Umrah di Makkah atau Madinah.
  • Manfaat Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal (HUMK)
    Jika Orang Dilindungi mengalami HUMK sebelum umur 65 pada hari lahir berikutnya, amaun Jumlah Dilindungi ditambah semua nilai terkumpul di dalam DPP, termasuk sebarang keuntungannya (jika ada) akan dibayar. Jika agregat Jumlah Dilindungi (bagi setiap Orang Dilindungi) ialah sehingga RM1 juta, ia akan dibayar secara sekaligus. Jika Jumlah DIlindungi melebihi RM1 juta, baki Jumlah Dilindungi akan dibayar satu (1) tahun selepas bayaran pertama dibuat, tertakluk kepada terma dan syarat-syarat yang dinyatakan di dalam Sijil Takaful.
  • Manfaat Badal Haji
    Jika berlaku perkara yang tidak diingini iaitu kematian atau HUMK sebelum sempat menunaikan Haji, kami akan memastikan kewajipan Haji Orang Dilindungi disempurnakan dengan membayar RM3,000 kepada Peserta atau Penama untuk menunaikan Badal Haji bagi pihak anda. Manfaat ini akan ditunaikan jika Elaun Haji tidak dituntut dan Orang Dilindungi mesti berumur 16 tahun ke atas. Untuk HUMK, Orang Dilindungi tidak melebihi umur 65 tahun.
  • Elaun Haji dan Umrah*
    Elaun sebanyak RM1,000 akan dibayar bagi mengerjakan Haji dan Umrah. Jika Orang Dilindungi mengerjakan Haji dan Umrah pada masa yang sama, hanya elaun Haji akan dibayar. Manfaat Haji dan Umrah tidak boleh dituntut dalam tahun sijil yang sama dan dengan syarat jarak 12 bulan dan tarikh tuntutan terakhir dibuat.
  • Manfaat Ihsar*
    Apabila Orang Dilindungi dalam keadaan berihram dan terhalang dari menunaikan Haji atau Umrah akibat keadaan kesihatan, Manfaat Ihsar sehingga RM1,000 sepanjang tempoh perlindungan akan dibayar untuk pembayaran balik kos penyembelihan haiwan.
  • Elaun Penjagaan Anak*
    Apabila menunaikan Haji, Orang Dilindungi akan menikmati ketenangan minda apabila anak-anaknya terjaga. Elaun Penjagaan Anak sebanyak RM1,000 akan dibayar. Umur anak mestilah tidak melebihi 18 tahun.

    * Sijil hendaklah berkuatkuasa sekurang-kurangnya 5 tahun dan semua sumbangan telah dibayar

Monday, September 29, 2014

Pelan Mabrur

Oleh kerana produk mabrur telah pun mendapat Anugerah Product Terbaik, di sini saya ingin tekankan lebih kepada product mabrur & sebolehnya nak jual product mabrur ni dengan lebih banyak lagi supaya semua umat islam boleh pergi menunaikan haji & umrah. One of my jihad. Amin....

Product ini memang sangat menarik. It's a smart plan for muslim. So, saya nak sarankan & nak menyeru semua umat islam agar mengambil pelan mabrur ini.




Untuk mendapatkan maklumat lanjut, boleh hubungi saya, Farah 012.256.7454 atau 013.610.7004. Free quotation, free consultation. We can be a friend forever. INGAT FARAH INGAT MABRUR....INGAT MABRUR INGAT FARAH!!!!!






Monday, September 15, 2014

Article

Articles di bawah may be boleh membantu sahabat sekelian mengenali lebih dekat lagi mengeni takaful especially Etiqa Takaful Products. Mungkin dengan article tersebut will help you to make a perfect decision to buy takaful plan in Etiqa. To those yang memang belum memiliki any takaful plan, saya doakan anda semua akan terbuka hati untuk memilikinya sebelum terlambat. Happy reading.

Any queries, please ring me ye friends....any time any where convenient to you.....012.256.7454 (Farah).


Article berkenaan insurance...sila gantikan perkataan INSURANCE dengan TAKAFUL

That is true. Tidak ada sesiap yang boleh membantu kecuali TAKAFUL. Jadi, sediakan payung sebelum hujan ye sahabat.

Kepada bakal-bakal pengantin, anda harus menyediakan pelan takaful terlebih dahulu. Asingkan budget anda terlebih seawal usia perkahwinan anda demi menjamin masa depan anda & keluarga anda


Pastinya kita tidak mahu ini terjadi pada diri kita dengan mengharapkan bantuan orang lain. Milikilah pelan takaful sekarang bagi menjamin masa depan anda & keluarga anda. Milikinya sebelum anda mendapat penyakit.

Wahai orang-orang Islam yang beriman, jauhkanlah diri anda dari riba'. Beralihlah kepada takaful hari ini.

Etiqa Takaful sememangnya No. 1 in Malaysia

See...anugerah di London lagi. Tidak perlu lagi ragu-ragu dengan Etiqa Takaful. Hanya pilih agent yang bagus...itu aje.

Berapa hari, berapa lama kita nak mengharapkan orang lain menghulurkan bantuan untuk kita? Fikirkanlah. Milikilah pelan takaful hari ini sebelum anda mendapat penyakit terutama penyakit kritikal. Tiada siapa yang tahu hidup mati & kesihatan kita di hari esok. Bersedialah dari sekarang. Tak banyak pun...hanya 10% dari pendapatan kasar anda. Bagi yang berkemampuan mungkin boleh mencarum lebih atau yang tak berkemampuan, kurang dari 10% pun boleh. Saya boleh bantu macamana nak uruskan kewangan islam sahabat.

Tolonglah jangan sampai jual harta. Rumah itu tempat perlindungan kita. Jika sahabat ada pelan takaful, pasti ini tidak akan berlaku.


See....kos haji yang semakin meningkat sekarang. Jika sahabat punya pelan mabrur, ini semua tidak jadi masalah. Pelan mabrur sangat menarik.

Dah dipilih sebagai produk terbaik pun. Jadi, tak perlu nak question banyak-banyak atau berdalih-dalih lagi. Jika punya keinginan untuk membuat umrah & haji, sahabat pasti akan pilih pelan mabrur ini.

See...ustaz dah keluarkan kenyataan. Jika masih ada orang islam yang bangga dengan insurance tetapi tidak takaful, tak tau la nak cakap apa.


 





Monday, September 8, 2014

Menang Anugerah

Yes! Etiqa Takaful memang layak memenangi anugerah berikut. Congrats Etiqa. Congrats to myself as well kerana menjadi part of Etiqa family. I am so proud.

Di dalam pelaburan takaful, hanya dengan syarikat yang terbaik sahaja yang dapat menjamin kepuasan pelaburan kita. If you need the good product, the answer is ETIQA TAKAFUL This is one of the reason why I choose Etiqa Takaful compared with other Takaful Operator.

I am not say that syarikat takaful lain tu tak bagus but Etiqa Takaful adalah yang terbaik di antara syarikat takaful yang lain. 

Lima (5) Anugerah Kecemerlangan yang dianjurkan oleh Malaysian Takaful Association  (MTA) pada Malam Anugerah Takaful Ke-2 telah dimenangi oleh Etiqa Takaful Berhad :

1. Pengendali Bancatakaful Terbaik
2. Penghasil Terbaik Perniagaan Takaful Kelompok
3. Pengendali Perniagaan Kumpulan Terbaik
4. Anugerah Produksi “Million Dollar”
5. Anugerah Agensi “Million Dollar”

Alhamdulillah, Etiqa Takaful telah berjaya membuktikan yang mereka adalah diantara yang terbaik di kalangan yang terbaik.

Lagi anugerah yang dimenangi oleh Etiqa Takaful yang telahpun disiarkan diakhbar tempatan.




MABRUR - Produk yang masih baru di pasaran dan sedang mendapat sambutan hangat. Setiap orang Islam memang patut memiliki produk Mabrur ini. Pelan yang membolehkan kita untuk mengerjakan Umrah & Haji. Confirm dapat pergi Haji. Samada hidup atau mati. Tak faham? Call lah saya seperti no yang tertera di bawah tu. Saya boleh bagi free consultation & quoation. Paling tidak pun kita boleh jadi kawan.




Takaful vs Insurance

Orang selalu cakap dengan aku “Ooooo, kau buat insurance ke?” Bila aku kata bukan, mereka akan tanya “habis tu apa?” Aku akan jawab “aku buat takaful bukan insurance”. Mereka akan kata lagi “sama la tu takaful dengan insurance…kan?” Aku punya jawapan memang buat orang yang ada insurance tapi tak de takaful akan menyampah & sakit hati bila dengar tapi itulah hakikatnya. Nak tau apa jawapan aku? Aku cakap “Eh! Tak sama la...Insurance & Takaful adalah dua perkara yang berbeza walaupun pada dasarnya ia adalah sama. Insurance haram, takaful shariah”. Lepas aku cakap macam tu ada yang baru terfikir & mengakui akan kebenaran kata-kataku. Ada yang terus terdiam tanpa memberikan sebarang komen. Tidak kurang juga yang marah. Ada juga yang pening. Apapun, jawapan aku tu hanya sesuai untuk ditujukan kepada orang Islam je. Jangan la pulak pergi cakap dengan orang bukan Islam…memang nak kena taji la. Walaupun orang bukan Islam sekarang sudah ramai yang beralih kepada Takaful tetapi bila ditanya kepada mereka kenapa mengambil Takaful kenapa tak ambil insurance, mereka akan jawab….”oooo sebab takaful adil” so simple their answer. So, aku masih kurang faham jika ada orang Islam yang still tak nak ambil takaful, yang still mengatakan skim takaful itu mahal & bla..bla..bla. Mengapa pilih insurance konvensional sedangkan takaful berlandaskan syariah sudah berkembang pesat di negara kita. Tepuk dada tanya la iman.

Ok, back to general story pulak. Takaful boleh disimpulkan sebagai salah satu konsep insuran yang berlandaskan perbankan islam. Takaful menerapkan kerjasama, perlindungan dan jaminan antara para pesertanya.
Ciri-ciri takaful adalah :
  • Berlandaskan perbankan islam
  • Tiada unsur maisir (judi)
  • Tiada unsur riba'
  • Tiada unsur gharar (ragu-ragu)


All Takaful Operator registered in Malaysia telah mengikut guidelines yang ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia. Guidelines ini terdapat pada Akta Takaful 1984.

Berikut adalah sebahagian daripada registered operator takaful in Malaysia :
  • Etiqa Takaful Berhad
  • Syarikat Takaful Malaysia
  • Takaful Ikhlas Berhad
  • MAA Takaful Berhad
  • Prudential BSN Takaful Berhad
  • Great Eastern Takaful Berhad
  • Sun Life Malaysia Takaful Berhad


Thursday, September 4, 2014

Sediakan Payung Sebelum Hujan


Sayangilah diri anda & keluarga anda. Hargailah mereka. Protect your income. Protect yourself & protect them first rather than shopping. Priority adalah saving + protection. Menyimpan di Takaful. Mendapat kebahagiaan di dunia & di akhirat, In Shaa Allah. Saya di sini sedia membantu anda bagaimana untuk menguruskan pengambilan Takaful ini mengikut budget & your needs. Jangan biarkan kemiskinan membelenggu diri anda. Hubungi : 012.256.7454 or 013.610.7004.

Anda pasti tidak mahu jadi seperti mereka.











Etiqa Takaful Product

Etiqa Takaful ada menyediakan pelbagai product di mana pelanggan boleh membuat pilihan berdasarkan keperluan, kehendak & budget mereka. Kebiasaanya aku akan menerangkan kepada client mengikut their needs. Aku tak suka bagi main belasah je. Bila mereka dapat apa yang mereka nak, pasti mereka akan happy. Bila mereka happy pasti tak akan berlaku lapse. Tak akan ada sumpah seranah...baru la berkat rezeki kita.


Mostly product yang biasa & banyak aku close ialah Harmoni & Intelek. Lately ni ramai pulak yang ambil medical card. Alhamdulillah. Ramai yang telah sedar betapa pentingnya medical card di dalam dunia yang lebih mencabar sekarang ini. Most of them juga dah buat comparison, so they are interested with medical card Etiqa Takaful. Thank you so much for your trust. Kejujuran tu penting. Cerita je dengan jujur kat client kita..In Shaa Allah, Allah permudahkan jalan untuk close case. Don't create benda yang tak ada. Ini memang banyak berlaku. Nak kejar target punya pasal sanggup menipu. Moga Allah jauhkan aku dari sifat menipu itu. Nauzubillah. Aku berani cakap begini kerana aku & kawan-kawan aku pernah kena tipu dengan agent insurance/takaful.

My opinian la kan, each individu memang wajib memiliki plan Harmoni ni…coz ia mempunyai perlindungan yang tinggi. Simpanan yang mempunyai perlindungan & pulangannya yang menarik. Product ini bukan je untuk orang dewasa malah boleh diambil untuk mereka yang berusia 14 hari lagi. Baby la tu.

Intelek/Education? Memang wajib ambil untuk anak-anak kita. Simpanan untuk masa depan mereka yang mempunyai perlindungan. After SPM, bila mereka further study, at least dah ada duit. Tak de la nanti susah nak cari sana sini pinjam sana sini. Sebaiknya kita ni jangan la buat pinjaman untuk anak kita nak study…kesian kat mereka nanti…bila dah habis study mereka nak kena tanggung bayar hutang. Kalau bayar…kalau tak bayar…berdosa kan..hutang wajib di bayar. Jadinya biar la kita ambilkan mereka plan education ni. Selamat dunia akhirat. Dah la saving ni ada protection, bila belajar pandai dapat Academy award lagi dari Etiqa. Jika berlaku sesuatu musibah kepada pembayar, policy berjalan dengan pecuma sehingga la matang. Best kan? Memang banyak kelebihannya. Sebab tu aku tekankan mereka kena ambik plan education ni untuk anak mereka jika mereka sayangkan anak-anak mereka. Ambil yang paling minima pun tak apa. Better than nothing.

Sekarang ni aku nak tarik orang Islam terutama mereka yang memang mempunyai hasrat untuk ke Mekah agar mengambil plan Mabrur. Plan yang memang pasti anda akan pergi haji. Plan menarik ini hanya terdapat di Etiqa sahaja. Memang sangat-sangat menarik. Kawan-kawan aku sekarang banyak jual plan ni. Aku pun nak follow mereka. Hmmmm....kalau nak tau betapa menariknya plan Mabrur ni, boleh call saya untuk buat appointment atau untuk dapatkan free quotation & consultation.

Yang latest, Elite Takafulink. Product yang berkaitan dengan pelaburan. Mari main saham shariah. Still ada element protection. Untung siapa yang invest kat sini. Boleh pulak ditambah dengan pelbagai rider. Untung la orang yang ada banyak duit. Yang ada duit tu invest je kat sini banyak-banyak. Guarantee takkan rugi.

Pilih je yang mana satu product yang berkenan & mengikut keperluan dan budget anda :

1.   Harmoni

2.   Intelek (Eduction)

3.   Pristin

4.   Karisma

5.   Prisma or Prisma+

6.   Mabrur (Simpanan Haji & Umrah)

7.   Elite Takafulink

8.   Medical Card


Dilain masa aku akan terangkan lebih detail lagi setiap satu product di atas. Meanwhile, kalau nak tahu boleh whatsapp/call 012.256.7454 to make an appointment. Aku lebih suka jumpa face to face sebenarnya. Ada personal touch. Dan lagi boleh build up the relationship.Client tu kan ke kawan kita juga. Kawan kena la tolong kawannya sendiri.  
Pastikan anda memiliki at least one of the above plan sebelum anda ditimpa sakit. Bila dah sakit, maaf...mana-mana syarikat takaful pun takkan luluskan proposal anda. 


Wednesday, September 3, 2014

Riba' Dalam Insuran

Dulu, masa aku masih jahil tentang riba' ni...aku ingat riba' tu kecik je...tau dosa tapi ingat dosa kecik je...bila dengar ustaz berceramah, bila baca article agama...MasyaAllah baru la aku tau betapa besarnya dosa riba' itu. Sejak itu, aku tukar segala bagai loan include credit card & insurance kepada yang shariah. Tak nak dah conventional ni. Aku orang Islam. Dah la hidup ni hari-hari ada dosa, tak nak la tambah lagi dosa dengan riba' ni. Ya Allah! Ampuni la dosa-dosaku yang lalu dengan mengamalkan riba'. Masa tu aku jahil.

Alhamdulillah, lepas segalanya ditukar kepada yang shariah memang nampak sangat yang hidup semakin aman, tenang, damai & bahagia. Duit pun sentiasa cukup je walaupun kalau dikira  secara kasar tak cukup pun sebenarnya....hehehehehe.

Aku menyeru semua umat Islam di luar sana, mari la kita perangi riba'. Mari la bertukar semuanya kepada yang islamic demi kebahagiaan di dunia & akhirat.



Why I choose Etiqa Takaful

Dulu-dulu masa zaman belum ada Takaful or maybe time tu dah ada but hanya Takaful Malaysia..itupun belum popular & kurang dihebahkan lagi pada market kita kat Malaysia ni, adik aku merupakan agent MAA Assurance pada waktu itu. Dia pernah mengajak aku untuk menjadi agent sepertinya sebab dia tengok aku suka buat business. Tapi, aku reject. Aku cakap aku tak boleh & tak pandai nak jual insurance tapi dia kata kalau aku boleh buat MLM aku mesti boleh buat insurance. Tapi, aku tetap tak nak sebab kononnya masa tu aku tau la sangat di mana kekuatan aku. Macam-macam alasan aku bagi...tak pandai jual something without physical products la & macam-macam lagi. Hakikatnya memang aku tak minat bidang insurance ni. Masa tu aku ambik policy dengan dia pun just education plan untuk anak-anak. Masa tu tak tau pun lagi pasal bab riba' ni. Bila ada orang nak jual insurance dengan aku memang aku tak nak sebab masa tu memang aku tak de pendedahan langsung tentang insurance. Aku hanya bergantung pada benefit kat tempat kerja aku je. Beruntung la sebab banyak benefit. Alhamdulillah. 

Sekarang ni, bila aku dah terjun dalam bidang Takaful dan sudah diberi pendedahan tentang Takaful...baru la aku tau betapa pentingnya Takaful dalam kehidupan kita. Dan baru la aku tau yang Takaful ni shariah & insurance itu haram. Dan aku juga tahu betapa beratnya dosa riba'. Moga Allah ampuni dosa-dosaku yang lalu. Now, tugas aku pulak untuk menyampaikan pada mereka di luar sana betapa pentingnya Takaful ini. Sedangkan orang bukan islam sekarang ni pun ramai yang pilih Takaful apatah lagi kita yang islam ni...kannnnnn?????

Aku memilih Etiqa Takaful di atas beberapa sebab. Antaranya ialah :

  1. Etiqa Takaful ni very strong company, No. 1 Takaful Company in Malaysia & one of the biggest Takaful in the World. Back-up by Maybank which is Bank terbesar di Malaysia. Siapa tak kenal Maybank kan? Syarikat yang sangat kukuh & dipercayai ramai. 
  2. Insan yang convince aku tu tak putus asa...3 hari berturut-turut dia convince. Aku tertarik apabila dia sentuh bab-bab keagamaan.
  3. Etiqa Takaful adalah local (Malaysian) company & dimiliki oleh Bumiputera. I should support this company. Must be Proud to be Malaysian. Proud to be Muslim as well. 
  4. Products Etiqa Takaful sangat menarik berbanding dengan yang lain. (ini pendapat peribadi aku)
  5. Etiqa Takaful banyak memenangi pelbagai Anugerah. Ini menunjukkan Etiqa Takaful adalah sebuah syarikat yang bagus, prihatin & produknya juga bagus serta boleh dipercayai.
  6. Etiqa Takaful satu-satunya syarikat takaful yg buat project CSR & CZR
  7. Aku pernah kena tipu dengan maybank staff pasal Etiqa Takaful. Hahahahahaha....yang ni memang kelakar...lepas aku menyedari yang aku kena tipu, aku complaint berapi-api kat Etiqa. Habis aku cc kat semua orang-orang complaint aku tu. Kena tipu kot. Dia kata saving tapi insurance sebenarnya. Finally, aku pulak jadi Agent di Etiqa Takaful. Aku nak buat betul-betul...tak nak tipu orang macamana aku pernah kena tipu dan macamana orang tipu aku. 
Struggle...memang struggle buat Takaful ni. Cabarannya juga amat hebat but makin lama aku dalam bidang ini makin seronok pulak aku rasa. Takaful is a rejection business. Aku dah biasa terima rejection. Itulah cabarannya. Walaupun aku sekadar buat part-time tapi aku telah berjanji dengan diri aku sendiri yang aku akan melakukannya yang terbaik. Aku akan jaga client aku sebaik mungkin. In Shaa Allah, suatu hari nanti Takaful akan jadi kerjaya fulltime aku. Moga aku diberi peluang untuk membina kerjaya di dalam bidang Takaful ini.

Salam sayang,
Farah
Takaful Consultant
Hibah / Wasiat Consultant 
012.256.7454 | 013.610.7004

Wednesday, August 27, 2014

Salam Perkenalan Satu Malaysia Satu Dunia

Syukur alhamdulillah, pejam celik pejam celik...dah lebih setahun aku dalam bidang Takaful ni dan baru sekarang terlintas di hati untuk membina blog khusus dalam Takaful bagi memudahkan aku share dengan mereka di luar sana mengenai Takaful especially Etiqa Takaful.

Walaupun aku melakukan kerja ini hanya sebagai part-time tapi aku kena committed kerana tugas sebagai Agent Takaful adalah amanah yang diberikan kepada aku. Setiap tugas yang kita lakukan adalah amanah jadi kita kena lakukan dengan sebaik mungkin. Namun, sebagai manusia biasa aku tidak mungkin boleh perfect. Aku cuba sebaik mungkin memberikan service yang terbaik kepada client or bakal client aku.

Rezeki itu milik Allah. Aku sentiasa percaya semua itu. Aku tidak mahu paksa sesiapa pun tetapi sebaliknya aku akan share segalanya yang aku tahu berdasarkan knowledge & experience aku berkenaan Takaful kepada sesiapa sahaja. Jika Allah izinkan ada rezeki aku dengan mereka, syukur alhamdulillah. Jika tidak, aku kena teruskan sharing aku dan juga kena lebih dekatkan lagi aku dengan-Nya. Aku tidak marah atau kecil hati jika kamu tidak jadi ambil Takaful dengan aku....namun kita tetap kawan. Macam aku cakap tadi rezeki itu milik Allah. Jadi, aku hanya perlu usaha & doa, the rest Allah yang tentukan.

Makin lama aku makin suka buat business Takaful ni sebab :

1. Aku dapat sentiasa tolong orang
2. Secara tak langsung aku dapat berdakwah
3. Membuatkan aku lebih dekat lagi dengan Allah
4. Membolehkan aku mempunyai ramai kawan
5. Menjadikan aku seorang yang sentiasa sabar & tabah dalam menghadapi karenah manusia
6. Secara tak langsung aku dapat mendalami ilmu keagamaan aku
7. Husband selalu di sisi sewaktu jumpa client

Pernah terlintas di fikiran aku - "kenapa la aku tak buat business Takaful ni dari dulu lagi, kenapa aku pergi buat MLM selama 20 tahun. Buang masa betul. Kalau tak mesti aku dah sifu dalam Takaful sekarang ni". Astaghfirullahhalazim....setiap yang terjadi adalah atas kehendak-Nya. Aku tak boleh pertikaikan. Ampunkan dosa aku Ya Allah. Sesungguhnya aku bersyukur di atas segala rezeki & nikmat yang kau berikan pada aku selama ini. Banyak sangat pengalaman yang aku lalui selama 20 tahun dalam dunia MLM. Pengalaman yang tidak boleh dibeli dengan duit.

Terima kasih yang tak terhingga kepada leader aku, Tuan Haji Nasaruddin yang membawa aku ke dunia Takaful ini. I will try to do the best & try to go extra miles.

Doaku : "Ya Allah, kau permudahkan la untuk aku melakukan perniagaan Takaful ini. Lembutkan hati mereka untuk mengambil Takaful ini dengan aku. Mudahkan la untuk aku mendapat pelanggan. Bagi la aku pelanggan yang baik-baik & luhur hatinya. Temukan aku dengan pelanggan yang mudah untuk aku berurusan dengannya dan yang boleh aku jadikan mereka sebagai kawan di dunia dan di akhirat. Amin"

Aku boleh dihubungi/dikenali dengan pelbagai cara iaitu :
1. Whatsapp - 012.256.7454
2. Wechat - ID : farahkaya
3. FB : Farah Fahriah Abdullah / FB Page : farahentrepreneur
4. Instagram : fantasticfarah
5. SMS/Call - 012.256.7454 / 013.610.7004
6. Email - farah_tihanic@yahoo.com / farahabdullah70@gmail.com



Pindah Blog

Assalamualaikum Akibat kekangan masa, saya tak mampu nak update banyak-banyak blog. Oleh itu, apa saja cerita berkaitan Takaful saya akan pi...