Saturday, November 9, 2019

Kehebatan Istighfar


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

FIRMAN Allah yang bermaksud: “Sehingga aku berkata (kepada mereka); Pohonlah keampunan kepada Tuhan kamu, sesungguhnya Dia Maha Pengampun. (Sekiranya kamu berbuat demikian), Dia akan menghantar hujan lebat mencurah-curah kepada kamu, Dan Dia akan memberikan kamu harta yang banyak berserta anak pinak dan Dia akan mengadakan bagi kamu kebun-kebun tanaman serta mengadakan bagi kamu sungai-sungai (yang mengalir di dalamnya).” (Surah Nuh, ayat 10-12)

Firman Allah itu pasti membuatkan kita bertambah bersemangat untuk selalu memohon keampunan Allah. Kayanya Allah, Dia bukan sahaja menjanjikan keampunan-Nya, bahkan menjanjikan kekayaan daripada limpah kurnia-Nya yang luas.

Kita semua pasti pernah mengalami hari yang sukar. Kereta rosak, anak sakit, tiada air berhari-hari, dibebani hutang, pasangan merajuk, kerja tidak siap dan pelbagai lagi cabaran hidup.

Pada saat itu, emosi pasti terganggu bagaikan mengalami cuaca panas terik. Allah mengajar kita, penyejuknya adalah dengan beristighfar.

Allah sengaja mendatangkan pelbagai masalah untuk melihat sejauh mana kita menyelesaikannya. Adakah kita menjadi seorang merintih masalah atau berusaha mencari jalan penyelesaian?

Para ulama yang dekat dengan cara fikir al-Quran dan al-Sunnah cukup memahami hakikat kehidupan ini. Ibnu Kathir berpesan, “Barang siapa yang menghiasi dirinya dengan amalan ini iaitu memperbanyak istighfar, maka Allah akan:

• Memudahkan rezekinya
• Memudahkan urusannya
• Menjaga kekuatan jiwanya

Ibnu Qayyim pula berkata: “Apabila engkau berdoa, sementara waktu yang dimiliki begitu sempit, padahal dadamu dipenuhi dengan begitu banyak keinginan, maka jadikanlah seluruh isi doamu istighfar, agar Allah mengampunkan kamu. Apabila engkau diampuni, maka semua keperluanmu akan dipenuhi oleh-Nya tanpa engkau memintanya.”

Lazimnya lafaz istighfar itu diungkapkan sebagai zikir untuk memohon keampunan kepada Allah. Ia juga dilafazkan selepas kita tersedar daripada melakukan dosa.

Harapan kita tentu sekali supaya dosa kita dihapuskan. Namun, manfaat istighfar lebih jauh daripada itu.

Kalimat zikir sering diucapkan Nabi SAW memiliki banyak keutamaan lain jika diamalkan. Ada beberapa kisah menceritakan bagaimana ajaib amalan istighfar dalam kehidupan.

Seorang pakar bedah kardiotorasik terkenal dari Mesir, Dr Khalid Abdul Aziz Al-Jubair menulis sebuah buku bertajuk Kesaksian Seorang Doktor iaitu versi terjemahan.

Beliau menceritakan masalah yang dialami dan bagaimana Allah menyelamatkannya dengan keberkatan istighfar. Dr Khalid Al-Jubair mendapat fitnah daripada beberapa rakan sekerjanya. Fitnah itu cukup berat dan jika dapat dibuktikan, jawatannya akan terancam.

Seterusnya beliau akan dipencenkan dan tidak dibenarkan lagi berkhidmat untuk merawat pesakit. Komplot fitnah itu dilakukan dengan cukup teliti. Mereka semuanya berpakat untuk menjadi saksi dan menciptakan bukti kukuh. Dr Khalid berasa dia tidak berupaya melawan fitnah itu dan mulai murung.

Dia hanya mampu mencari Allah. Seterusnya, keajaiban berlaku pada saat-saat akhir. Allah mendatangkan ilham pada saat dia di masjid untuk menunaikan solat fardu.

“Selama ini orang datang kepadaku dengan harapan yang besar agar aku mengubati mereka. Kini aku juga mempunyai harapan yang besar. Seharusnya aku datang kepada-Nya dan meminta pertolongan daripada-Nya,” kata beliau sendirian.

Kemudian beliau teringat kelebihan istighfar. Beliau segera melafazkan kalimah zikir itu sebanyak mungkin. Sepanjang perjalanan pulang ke rumah dan juga ke hospital beliau tidak henti-henti melafazkan kalimat berkenaan.

Astaghfirullahal-ladzi la ilaha illa huwal-hayyul-qayyum, wa atubu ilaih, bermaksud, “Aku memohon ampun kepada Allah, Yang tiada Tuhan yang berhak disembah selain Dia, Yang Maha Hidup, Yang Maha Mengurus, dan aku bertaubat kepada-Nya.” (Riwayat al-Hakim dari Ibnu Mas’ud dan At-Tirmidzi dari Bilal bin Yasar bin Zaid).

Selepas itu, ada perasaan hebat menyelubungi jiwanya. Beliau seakan-akan mengalami sentuhan spiritual sehingga perasaan resah dan berserabut kerana fitnah itu terus hilang.

Tidak lama selepas itu, semua tuduhan dikenakan ke atas beliau digugurkan kerana tidak dapat dibuktikan. Namanya dibersihkan dan beliau bebas untuk berkhidmat seperti biasa. Rakan-rakannya yang melakukan komplot fitnah pula turut menerima hukuman. Sebahagian daripada mereka ditamatkan perkhidmatan, ada juga yang dilucutkan jawatan dan ada yang dipindahkan ke bahagian lain. Sebahagian yang lain pula datang kepadanya dan memohon maaf.

Ibnu Qayyim pula mengisahkan; “Aku sering menyaksikan guruku, Syaikhul Islam (Ibnu Taimiyah) ketika menghadapi masalah-masalah berat, beliau segera bertaubat kepada Allah, memperbanyakkan istighfar, bersandar kepada-Nya dan mengharap turunnya kebenaran dari-Nya.

Biasanya tidak lama selepas itu, bantuan daripada Allah pun turun mencurah-curah sehingga beliau boleh memilih mana-mana sahaja jalan penyelesaian yang beliau mahu.

Ibnu Taimiyah sendiri berkata, “Saat ada masalah yang amat pelik dan rumit, yang membuatkan aku berasa buntu, maka aku akan beristighfar kepada Allah sebanyak 1000 kali atau lebih kurang, sampai Allah bukakan dan pecahkan masalah masalah untukku.”

Ada sebuah mutiara kisah yang cukup manis untuk diamalkan. Kisah itu dipetik daripada kitab Tafsir al-Maraghi, hasil tulisan ulama bernama Ahmad Musthafa al-Maraghi.

Kisah iktibar itu mengenai tabi’in bernama Hasan al-Basri. Beliau sering didatangi segenap lapisan masyarakat bertanyakan hukum agama dan meminta nasihat.

Satu hari, seorang lelaki datang mengadu kepadanya kerana masalah kelaparan. Beliau dengan penuh hikmah menjawab, “Istighfarlah kepada Allah.”
Kemudian beliau didatangi seorang mengadu masalah ketiadaan zuriat. Beliau menjawab, “Istighfarlah kepada Allah.”

Kemudian datang seorang lelaki mengadu kebunnya kekeringan kerana musim kemarau. Beliau dengan penuh hikmah menjawab, “Beristighfarlah kepada Allah.”

Jawapan Hasan al-Basri menghairankan masyarakat sekitarnya. Salah seorang daripada penduduk itu bertanya, “Beberapa orang lelaki datang dan mengadu pelbagai masalah, tetapi tuan hanya menyuruh mereka semua untuk melafazkan istighfar.”

Hasan al-Basri menjawab, “Aku sama sekali tidak mengatakan apapun dari diriku sendiri. Sesungguhnya Allah berfirman seperti itu.”

Firman Allah yang dimaksudkan oleh Hasan adalah Surah Nuh ayat 10-12. Diriwayatkan dari Abdullah bin Abbas, Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Barang siapa melazimkan istighfar, maka Allah akan jadikan jalan keluar dalam setiap kesulitan hidup dan jadikan setiap kegundah-gulanaan menjadi kebahagiaan dan Allah akan memberinya rezeki dari jalan yang tidak disangka-sangka.” (Hadis Riwayat Abu Dawud dan Ibnu Majah).

Kesimpulannya, apa sahaja masalah yang datang, ‘halau’ ia dengan istighfar. In Shaa Allah, dengan membawa hati kembali kepada Ilahi, masalah akan pergi.

Semoga perkongsian ini bermanfaat buat semua.

Sunday, October 27, 2019

Mari Menceburi Dunia Perniagaan

Kepada mereka yang belum pernah berniaga tetapi ingin menceburi bidang perniagaan (tak kisah samada small business hatta menjual jelly kelapa je pun yg untungnya tak berapa sen, tetap namanya business..mulakan dari kecil dulu), berikut beberapa info yang saya nak share untuk kita semua perlu tahu sebelum memulakan perniagaan :

1. Rugi itu pasti, untung belum tentu lagi.

2. Dalam business tak ada jaminan pasti akan berjaya (bergantung pada rezeki yg Allah dah tentukan).

3. Business mengambil masa yang agak lama untuk berjaya, untuk mula buat duit (this is real business).

4. Business kena serious, tak boleh main-main apatah lagi pada peringkat permulaan. (Kalau main-main, income nye juga main-main).

5. Business menagih banyak pengorbanan. Kita mungkin akan hilang segalanya sebelum memiliki segalanya.

6. Kebanyakan business indah khabar dari rupa.

7. Kena mampu kawal diri sendiri kena mampu kawal orang lain kena mampu kawal customer.

8. Business banyak ambik masa kita sendiri, bonding time kita bersama husband/wife, children & family.

9. Kena ambil risiko untuk berjaya.

10. Kena focus..kalo tak, pasti kita rasa sukar untuk berjaya.

11. Kena sabar....kalo tak, pasti kita rasa sukar untuk berjaya.

12. Nak mula susah, nak kembangkan pun susah, nak sustain lagi susah..sustain yang paling susah.

13. Mulakan business disebabkan kita memang cintakan business...jika tidak kita akan dapati susah yang amat untuk berjaya.

14. Mulakan business tanpa pekerja dulu...kita boss kita la kuli tapi yang ini agak sukar...ianya bergantung pada jenis business kita.

15. Business kena ada mentor. Kebanyakan orang yang berjaya semuanya ada mentor. Business juga kena ada idola...supaya kita ada semangat bila buat sesuatu business.

16. Business jangan buat sorang2 tapi secara pasukan/berkumpulan.

17. Jangan malas...jangan suka melepak...jangan suka borak kosong.

18. Bersedia untuk menerima kejian/kutukan dulu sebelum mendapat pujian.

19. Bersedia unuk menerima kemungkinan yang kita akan dipijak sebelum diangkat.

20. Untuk kena tipu dalam business memang mudah tambahan lagi jika kita masih baru dalam dunia business. Jadi, hati-hati lah ye.

21. Kita kena sanggup belajar setiap hari tanpa had masa. Jika berhenti belajar kita akan ketinggalan.

22. Business boleh menjadikan kita muflis dan juga kaya raya. Kena bersedia untuk hadapi kemungkinan ini.





Jika faham & sanggup lalui semua yang di atas, welcome to the business club. Kita berlari sama-sama, jalan sama-sama, menangis sama-sama, ketawa sama-sama. Walaupun bidang business yg berlainan...kita kena saling bantu-membantu...kita kena 💪😊

Takaful juga merupakan satu business. Wanna join in Takaful? Jika anda sanggup belajar, sanggup diajar, sanggup sama-sama belajar, jom join kami.

Farah Abdullah
Financial Practitioner
Takaful Consultant
012.256.7454 | 013.610.7004
💖💖💖


Monday, October 21, 2019

Perlindungan Takaful

Assalamualaikum

Suka untuk saya jelaskan di sini, simpan duit di Takaful tidak sama macam kita simpan duit di bank.

TAKAFUL - untuk perlindungan
BANK - untuk simpanan
ASB/Unit Trust - untuk pelaburan
TH - untuk pergi menunaikan haji

Biar saya terangkan dengan lebih terperinci lagi.....

TAKAFUL untuk membantu anda menyelesaikan masalah kos rawatan dan menggantikan gaji anda jika anda sudah tidak mampu lagi untuk bekerja atau sudah tiada lagi di dunia ini nanti serta bertujuan untuk melangsaikan hutang anda. Takaful dikaitkan dengan perkara yang PASTI iaitu TUA, SAKIT & MATI.

BANK pula untuk simpanan jangkasmasa pendek yang boleh digunakan ketika terdesak, untuk hari tua, untuk melancong atau untuk membeli apa yang anda inginkan.

Manakala ASB adalah simpanan untuk jangkamasa panjang dan pulangan yang tinggi. Jika pelaburan pula seperti Unit Trust dsb...itu mungkin juga tiada pulangan. Ianya mempunyai risiko kerana bergantung pada harga semasa. Selalunya pelaburan seperti ini adalah perancangan anda untuk pencen.

Berjimat memang boleh membuatkan anda hidup senang, tapi kalau tiada Takaful boleh membuatkan anda merana. Jadilah orang yang bijak di dalam merancang kewangan. Sijil Takaful adalah suatu asset yang sangat bernilai.

Trust me,
Farah Abdullah
Financial Practitioner
012.256.7454 | 013.610.7004

Tuesday, October 1, 2019

Mawaddah

Assalamualaikum....

Mawaddah membawa maksud kasih sayang. Etiqa Takaful merupakan syarikat Takaful yang sangat humanizing. Mawaddah adalah product baru dari Etiqa untuk tempoh 2 bulan saja. Pada saya memang sangat rugi jika peluang ini dilepaskan.

Mawaddah is for all with minimum contribution. Tiada soalan berkaitan kesihatan, Tiada underwriting & diluluskan segera.

Apa kelebihan Mawaddah ni?

1. Hibah akan dibayar terus kepada orang yang tersayang sekiranya berlaku kematian
2. Manfaat khairat kematian sebanyak RM5,000
3. Sumbangan berpatutan iaitu dari serendah RM1.32 sehari untuk perlindungan RM100,000
4. Bayaran tunai akan dibayar sekaligus terus kepada peserta sekiranya berlaku hilang upaya kekal menyeluruh (TPD)
5. Tambahan 200% perlindungan untuk kematian akibat kemalangan di Malaysia & 300% jika di luar negara
6. Wakaf Amal Jariah
7. Sebagai income protection sekiranya berlaku TPD
8. Sebagai jalan penyelesaian hutang

Mawaddah ini juga sesuai diberikan kepada “key-man” untuk memastikan business terus berjalan dan melindungi dari liabilities. Pelan ini juga melayakkan anda mendapat rebate income-tax

Plan ini adalah untuk semua individu yang berusia 17 tahun hingga 70 tahun tidak kira apa situasi kesihatan.

Ini adalah rawatan terhad. Mohon lah sekarang. Jangan lepaskan peluang yang telah diberi. Hubungi saya atau wakil Etiqa Takaful sekarang.

Salam sayang,
Farah Abdullah
Financial Practitioner
Takaful Consultant
012.256.7454
013.610.7004

Saturday, September 14, 2019

The Power of RM100

Assalamualaikum

Kalau RM100 dicampak ke dalam parit setiap bulan, tidak akan menjadikan anda miskin papa kedana.

Begitu juga lah...kalau RM100 anda simpan setiap bulan kat mana-mana financial industry, ianya tidak akan menjadikan anda jutawan.

Akan tetapi, jika RM100 disimpan setiap bulan dgn saya (maksudnya Takaful la tu 😊), ianya akan memberi rasa selesa kepada diri anda & keluarga tersayang.

Menukar RM100 kepada RM105 itu Simpanan Bank
Menukar RM100 kepada RM110 itu ASB
Menukar RM100 kepada RM120 itu Unit Trust
Menukar RM100 kepada RM200 itu Perniagaan

TETAPI....
Menukar RM100 keoada RM200,000...hanya ada di Takaful...

Ini contoh kiraan yang simple. Kalau income RM10,000 tak kan la nak simpan RM100 sebulan dengan Takaful....ye tak? 😊

Wednesday, September 11, 2019

Jangan Dikunci Pintu Masjid

Cantik article ni. Tapi saya tak tahu siapa penulis asalnya. Untuk kebaikan bersama saya share di sini. Moga memberi manfaat & peringatan buat kita semua. Jika ada yang tak betul mungkin boleh kita sama-sama perbetulkan tulisan insan ini....

*************************************


*JANGAN DIKUNCI PINTU MASJID*

🚪🗝🚪🔑🚪🗝

Sahabat, bila suatu hari nanti anda atau saya diizinkan Allah mampu membina masjid,
🕌🕌🕌🕌

Pesanan hamba;

Bukalah pintu masjid 24 jam agar kita tidak malu dihadapan Allah yang telah membukakan pintu keampunanNya untuk kita semua setiap masa.

Barangkali ada saudara kita yang ingin beri'tikaf malam atau bertahajjud dan pintu masjid yang dijaga oleh ta'mir tetap terbuka.

*Jangan tulis  "Dilarang Tidur di dalam Masjid",* kerana kita tidak tau ada musafir yang tiada wang untuk menginap di hotel.

Perkarangan masjidlah tempat mereka berhenti rehat jika tiada disediakan tempat khas untuk tetamu.

Jangan tulis,
🚰🚿🚽🚰🚿🚽
*"Selain jamaah masjid dilarang menggunakan toilet".*

Mengapa tidak fikir musafir terutama ada anak kecil, hanya menumpang berak kencing.

👶👧🏻👶👧🏻👦🏻🧒🏻

Jangan tulis *"Jangan membawa anak2 kecil",* ketahuilah anak2 itulah yang akan jadi penerus generasi.

Sahabatku, semarak masjid seselesa mungkin, kerana masjid bukan hanya sekadar tempat sujud, tetapi boleh digunakan untuk bermusyawarah, menimba ilmu serta menenangkan hati dan merehatkan zahir dan batin.

Sebelum hamba berundur, "Bila anda jadi pengerusi masjid, *jangan bangga jumlah infak yang banyak* tetapi tidak digunakan untuk kemakmuran masjid & Hidupkan 5 amal masjid..DAKWAH | TAKLIM |TAKLUM | IBADAT | KHIDMAT.

*Ingatlah!* 
💷💶💴💵
*Orang berinfak ke masjid itu berharap pahala jariah, bagaimana mereka dapat pahala amal jariah dan anda dapat pahala menjaga amanah, sedangkan wang infak mereka tuan2 tidak gunakan, kerana tuan2 hanya bangga dengan jumlah banyaknya saja, dipamirkan untuk menunjukkan tuan2 dan ajk2 lain tidak songlap duit masjid. 💰💰💰*

🚗🚲🛵🏍🚌🚙
Permudahlah setiap orang yang singgah di masjid, terutama tandas yg bersih, cantik dan selesa dgn kemudahan yg mencukupi dan sempurna.

Barangkali kerana amal kecil itu boleh menjadi sebab ke syurgaNya.

Tulisan ini ditujukan kepada Tuan Imam, Pengerusi dan AJK masjid di tepi jalan besar dan lebuh raya di seluruh negara.

Jika dibimbangkan barang2 masjid dicuri, barang2 penting dan berharga, simpan dlm bilik yg berkunci dan/atau pasang cctv. Banyak masjid dah pasang cctv.

Tulisan ini hanya untuk menasihati diri sendiri yang sering lupa.😭

*ADA MASJID YG SANGGUP BIARKAN JEMAAH KEPANASAN. SUHU AIR COND SLOW DAN KELAJUAN KIPAS SEDERHANA.*

Monday, September 9, 2019

Nasihat Tun

*Pedih nasihat Tun, namun hadam untuk jadi lebih baik!*
-Oleh Khairul Hakimin

Saya masih ingat saat Dato Seri Ahmad Maslan mencadangkan kita semua kena berusaha lebih dari 1 kerja pada beberapa tahun lalu, disambut dengan banyaknya maki dan kata kesat. Dikatalah segalanya dengan berbagai-bagai hal lalu akhirnya menjadi bahan parodi, gurauan dan sebagainya.

Hakikatnya, semasa saya bekerja kilang, yang menampung perbelanjaan rumah, yang membantu sana-sini adalah datang dari pendapatan secara sampingan. Kerja 8-12 jam sehari masih tak cukup untuk menampung banyaknya benda nak bayar, lebih lagi duduk di kawasan bandar.

Ada ramai antara kita yang memandang cadangan dari Pak Menteri sebagai satu bahan lawak, jenaka dan lebih membusuk ialah ianya dimaki-maki seolah mereka ini bukan sibijak pandai. Terus sahaja wajahnya diperlakukan dengan berbagai-bagai persamaan dan menjadi bahan ejekan berterusan.

Baru-baru ini, Tun Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri kita menegur orang melayu dengan ucapan yang memerlukan kita semua bersungguh-sungguh atau rajin berusaha supaya kita semua berjaya.

Lalu ramainya yang menempelak dan memuat naik status di media social dengan maki, hamun, tak kurang ada yang jawab baik-baik serta memuji ucapan tersebut.

Pada julai 1981, Tun menaiki kerusi nombor 1 negara (Perdana Menteri ke-4) dan dari saat itu beliau berusaha menukar negara pertanian kepada negara industry.

Hajatnya ialah membawa sinar mereka yang menjadi petani dan nelayan ini (kumpulan kaum melayu) kepada mereka yang berkemahiran, bekerja dalam sector pengeluaran dan menukar minda kepada yang lebih produktif dan berdaya saing.

Sekitar 22 tahun beliau menjadi Perdana Menteri, lebih 100 ucapan beliau diselit dengan pesanan, “Melayu Jangan Malas” dan pada waktu itu tiada yang menjawab, tiada juga yang berani bersuara seperti hari ini untuk membuat serangan balas kepada ucapan begitu.

Tun sendiri di dalan naskhah The Malay Dilemma dan kemudiannya disambung juga pesanan itu di dalam Doktor Umum, pasti akan ada pesanan yang sama. Perbezaannya ialah kepada audien yang menerima pada waktu tersebut.

Hari ini, kita semua berada dalam suasana yang sangat berbeza. Ibu memanggil anak makan, anak akan berani jawab “sekejaplaaaaahhh!” Namun pada zaman kami, emak menjerit hanya satu perkataan “makan!” semua akan berlari turun tanpa pernah berani menjawab sepatah pun.

Ianya soal hormat yang bercampur takut serta banyaknya perkara boleh terjadi sekiranya ianya tidak disambut dengan baik.

Zaman ini merupakan zaman bantah membantah. Duduklah sesiapapun di atas kerusi nombor satu tersebut, pesanan, cadangan serta banyaknya idea untuk penambahan atau perbaikan sesuatu hal akan dihempas dengan kata-kata yang buat generasi seperti kami ini ternganga.

Pesanan Tun itu mudah, merujuk kepada beliau antara manusia yang masih hidup dan pernah melihat era peperangan kemasukan Jepun dan British ke dalam negara.

Orang yang dicaci maki ini antara yang pernah mendokumenkan dalam kepalanya tentang bagaimana anak melayu di pancung dan kemudiannya kepala mereka disusun di beberapa pusat bandar, juga melihat dengan jelas kehadiran masyarakat bukan melayu ke dalam negara pada waktu itu mengambil banyaknya tempat yang sepatutnya diisi oleh melayu sendiri, namun ianya tidak berlaku.

Pesanan kali ini tidak “kasar” seperti tahun-tahun dahulu. Ianya lebih kepada nasihat dalam bentuk yang lebih tenang dan momentumnya banyak kepada kena berfikir dalam-dalam dan hadam segalanya sebelum kita dapat menerimanya.

Namun, semua itu diambil pusing dan semuanya ditanam dalam hati, “Tun perli kita semua pemalas” sedangkan kita dah berusaha berbagai hal untuk maju dalam diri kita sendiri.

Saya antara yang terkesan dan mahu lebih berjaya dari pesanan ini. Bagi saya, saya bukan seorang yang cukup rajin lagi. Dan saya ambil itu sebagai satu cabaran yang bermakna untuk diri saya.

Orang rajin, patutnya menerima teguran dan pesanan Tun ini bukan dari sudut politik. Beliau bercakap dari sudut seorang negarawan yang mahu melihat anak bangsanya naik maju setara dengan mereka yang dikatakan “membangunkan ekonomi” dalam negara kita.

Saya takkan lupa bersembang dengan Tun dalam sesi bersama para Influencer, katanya “kena rajin dalam banyak hal. Sudah-sudahlah kita beri peluang, kita beri geran, kita beri projek, yang datang dari melayu adalah sangat sedikit.

Jadi peluang itu diambil oleh masyarakat lain yang pandainya berniaga dan berstrategi. Mereka ini mencari peluang, cipta peluang dan bina peluang. Sedang orang melayu, menadah peluang. Tak sampai ke tangannya, biar. Tak ada, tak adalah, balik rumah kembali tengok tv.”

Sebut sahaja kuasa beli, kita cakap kitalah orang melayu. Iya, kita majoriti.

Namun apabila sebut tentang daya saing, ianya tidak berlaku. Kita tak peduli langsung bab nak bersaing.

Kita senang melihat orang kaya,

Namun kita tak kisah pun kita tidak kaya, kita suka sebut “cukuplah, ini pun dah cukup bersyukur.”

Ianya berbeza dengan falsafah rakyat cina yang berniaga. Mereka mahu bantu seisi sesama mereka malah pada setiap hari, mereka akan berusaha mana lagi jalan untuk jadi kaya dalam berdaya saing.

Lihat rumah mereka sebesar-besar, kita akan suka cakap “alah dia cina, mesti boleh berniaga tak ikut undang-undang agama kita.” Dan macam-macam telahan lagi. Itu perkara normal yang ada dalam kepala kita semua.

Saya cakap terang, pesanan Tun ini bukan untuk orang rajin. Sekiranya kalian tergolong dalam kumpulan mereka yang berusaha dengan penuh daya, mengambil masa lebih 15 jam sehari untuk majukan diri, tak pernah putus asa untuk bina empayar dan sentiasa perbanyakkan usaha, pesanan ini boleh jadi medan untuk kalian rasa gah, rasa puas dan mahu lebih lagi berjaya.

Namun jika kalian orang yang malas, boleh jadi kalian akan melompat tak tentu pasal. Marah dan mengatakan Tun seorang yang silap, kemudian mengaitkan dengan kekayaan anak-anaknya yang langsung tiada kena mengena.

Jujurnya, dalam kitab Hikayat Sejarah Dunia tentang tanah melayu, (sekarang disebut Malaysia) ini pernah disebut sebagai The Golden Chersonese, atau Suvarnadvipa atau Semenanjung Emas. Kerana di negara kita ini sangat banyak peluang untuk diniagakan.

Ianya menjadi pusat pemerdagangan utama dunia, Tome Pires juga menganggap Melaka sebagai tempat perniagaan yang tiada tolok bandingannya berbanding di pusat lain kerana di sini banyaknya emas dan menjadi tumpuan ramainya pedagang.

Namun, peluang itu tidak diambil kerana orang melayu lebih suka melihat, dan berangan mahu kaya seperti pedagang-pedagang ini. Dan akan kembali pulang ke rumah, kemudiannya menguruskan kebun, mencari buah serta menanam sedikit sayuran atau ubi untuk dimakan sekeluarga.

Kisah ini bukan benda kecil. Ia membawa kepada peradaban kita sepanjang zaman, yang mana ibu bapa kita mahu sangat kita berjaya, kita menaiki tangga university dengan mind-set akan masuk ke sector kerajaan sedangkan masyarat cina dan india akan menguasai kedai-kedai, empayar bisnes serta banyaknya usaha-niaga yang menjadikan mereka ini semakin berkuasa dalam dunia kewangan.

Kita boleh setuju dengan semua itu, namun kita tak nampak pesanan Tun pada hari ini ialah mahukan kita ini kembali menjadi tuan kepada tanah kita sendiri. Saat Proton dijual satu masa lalu, kita semua bersedih, dan kita tahu ianya sukar untuk kita belinya semula. Lalu kita melihat sendiri ia mekar ditangan orang lain. Kita hanya pandai bersedih sahaja. Bab itu, kita sangat mahir.

Seperti biasa, selepas itu kita hanya tahu komplen, kita hanya tahu merungut dan cakap besar. Kita sering sembang kencang, mahu jadikan ia begitu begini. namun saat Proton dirundung masalah, penuh dengan berbagai hal untuk dibaik pulih, ianya tetap menjadi bahan kutukan gila-gila dari kiri kanan depan belakang orang kita.

Inilah yang berlaku sekarang dan generasi yang di bawah kita ini sedang melihat bagaimana kita berinteraksi dengan semua ini.

Hari ini, ramai anak melayu semakin rajin berniaga. Bina empayar, kita sudah melihat jatuh bangun bangsa kita dalam nak membangunkan diri kita, masyarakat kita dan negara kita sendiri. ini satu fenomena yang cukup bagus dan membanggakan.

Jujurnya, pesanan orang tua yang ini, yang kalian perolokkan dengan memanggilnya “atok” “tokki” dan sebagainya ini ada benarnya.

Kita kena kembali menjadi tuan di tanah kita sendiri. Yang mana perjuangan untuk mengembalikan segalanya ke tangan kita itu perlu bermula dari kuasa kita yang rajin, yang tidak faham erti penat, yang otaknya ligat dan mencari peluang serta sering berusaha bukan sekadar nak membeli rumah sebelum umur 30 tahun namun berkerja keras bagaimana mahu menjadi taukeh perumahan yang mampu menyediakan kediaman untuk bangsa kita sendiri.

Kita boleh jual dengan harga yang kita yakin ianya membantu bangsa kita, yang kosnya itu bukan untuk masuk poket, bukan juga untuk berjoli berjoget, juga bukan untuk kasi impress orang dengan kereta mewah pinjam sekadar nak pujian di media social. Ianya sebuah benda yang benar lagi sahih, kita perlu jadi tuan semula yang bijak, pandai beradab dan sentiasa penuh dengan hemah dan sahsiah.

Hari ini ramainya manusia stress kerja dan mengatakan itu adalah kerajinan beliau kerja pagi petang siang malam. Yang Tun nasihat kepada kita bab rajin ini ialah,

Jika kita kerja keras demi pekerjaan yang kita tak suka, itu stress, namun jika kita kerja keras demi pekerjaan yang kita suka, itu adalah semangat. Dan perkataan semangat itulah yang Tun mahu ada dalam diri kita semua.

Kena yakin, kita perlu jadi seseorang.

Kembalikan kuasa ekonomi kepada diri kita sendiri. kerja keras, penat lelah dan sebagainya pada setiap hari, mencium isteri dirumah untuk pergi kerja, kemudian pulang memeluk anak hari ini adalah untuk membina empayar bagi membantu dan memberi peluang 1,000 lagi anak melayu untuk berjaya.

Itulah yang kita kena berbuat. Berhenti marah, berhenti melompat dan memaki. Ini masa kita bangkit dan berdaya saing. Masa membaca dan masa mengubah diri sendiri.

Lihat diri, jika kita tahu marah, kemudian esoknya kita masih bercuti pada hari cuti, sedang masyarakat mereka yang membuka kedai tanpa pernah tutup ini masih meneruskan dan berniaga untuk kita, maka kita kena sedar yang cuti itu merupakan rasuah terbesar kepada diri kita sendiri.

Sedang orang lain yang mahukan plot dan ruang kita untuk memiliki kita, kita pula mengejek pesanan seorang tua dengan memberi alasan dan alasan.

Begitulah kawan-kawan, tulisan panjang ini juga boleh jadi kena kecam dan saya akan terima seadanya. Bak kata pepatah,

“Orang rajin cari jalan, orang malas, banyak alasan.”

-cp from fb Khairul Hakimin Muhammad

*Jom ambil peluang untuk jadi Perunding Takaful

Friday, September 6, 2019

Hibah

Assalamualaikum....

Ramai yang masih tak faham apa itu Hibah Takaful. Ramai yang bertanya. Ok, saya jelas kan sedara ringkas di sini yang mudah untuk difahami.

Hibah terbahagi kepada dua, iaitu :-

1. Hibah harta yang sedia ada. Contoh : Rumah & Tanah bernilai RM1 juta. Proses documentation ambik masa. Proses ini WAJIB buat.

2. Hibah Bersyarat. Hibah yang kita cipta. Contoh : Cipta RM1 juta dengan mengambil plan Takaful dan dihibahkan kepada waris atau sesiapa saja yang kita mahu hatta rumah kebajikan. Nak buat ni mudah je. Ketepikan 1%-2% annually income anda (bergantung pada umur). If anything happened, waris tadi akan dapat terus RM1 juta dalam masa 1 bulan. Jadinya, anda tidak perlu lah ada RM1 juta untuk buat dokumen untuk buat Hibah bersyarat ni.

Waris pulak buat apa dengan duit RM1 juta tadi?

i. Waris gunakan untuk meneruskan kehidupan. Tanggung anak-anak belajar dsb.
ii. Boleh digunakan dalam menguruskan harta pusaka yang beku. Lawyer fees je antara 4%-5% dari nilai harta beku.

Jika anda masih tidak jelas atau kurang faham, anda boleh berjumpa dengan saya untuk saya terangkan dengan lebih me dalam lagi. Bila kita tulis ni kacang fahaman nye berbeza dengan orang yang membaca.

Trust Me,
Farah Abdullah
Financial Practitioner
Takaful Consultant
❤️0122567454❤️
❤️0136107004❤️

Thursday, September 5, 2019

Bencana Alam

Assalamualaikum....

Antara bencana alam yang sering berlaku adalah ribut dan banjir. Tetapi masih ramai yang tidak sedar mereka tidak dilindungi sepenuhnya. Lindungilah aset anda dengan secukupnya. Bagaimana? Perlindungan apa yang perlu ada?

Kenderaan:
Comprehensive ( 1st Party) +
Minimum perlu ada tambahan perlindungan
"Limited Special Perils (flood & storm tempest)".
Caj tambahan: 0.25% daripada sum insured.

Contoh : Sum Insured RM30K × 0.25%
               = RM75 tambahan caj.

Rumah:
Houseowner - Lindungi bangunan
Pengiraan premium: 0.106% × nilai bangunan
Contoh : Sum Insured RM100K × 0.106%
          = RM106 + SST 6% + RM10 stamp duty

Householder - Lindungi barangan isi rumah
Pengiraan premium: 0.398% × nilai barangan

Contoh : Sum Insured RM20K × 0.398%
          = RM79.60 + SST 6% + RM10 stamp duty

Perlindungannya untuk setahun. Harga mampu bayar kan? 😊

Kerosakan pada bangunan rumah dan isi rumah disebabkan oleh yang berikut adalah dilindungi :

1. Kebakaran, kilat, dan letupan domestik.
2. Kebocoran atau limpahan tangki air, peralatan atau paip domestik.
3. Kerugian hasil sewa sehingga 10% daripada jumlah yang diinsuranskan.
4. Kecurian yang melibatkan kemasukan secara paksaan dan keganasan ke dalam rumah.
5. Bencana alam termasuk banjir, ribut, taufan, ribut angin, dan lain-lain.

Untuk keterangan lebih lanjut, hubungi saya atau mana-mana wakil Etiqa atau cawangan Etiqa yang berdekatan.

Farah Abdullah
Trust-Love-Respect
💖0122567454💖
💖0136107004💖

Monday, August 19, 2019

Kenapa Perlu Buat Hibah Takaful?


Assalamualaikum....

Kenapa perlu buat hibah takaful sehingga RM1,000,000 (1mil)?

♦️ 10% allocation for debt
♦️ 20% allocation for pengurusan harta
♦️ RM300,000 hadiahkan untuk wife
♦️ RM100,000 hadiahkan untuk anak-anak (assume ada 2 anak)
♦️ RM150,000 hadiahkan untuk ibu & ayah
♦️ RM50,000 sedekahkan ke rumah anak yatim

*Note*
1. Kiraan ini andai kita ditakdirkan pergi dulu
2. Tidak perlu medical check-up
3. 100% waris secara hibah & tidak perlu melalui proses faraid yang memakan masa yang panjang
4. Sebagai pelan ganti gaji (income protection) jika disahkan hilang upaya kekal
5. Boleh pilih tempoh bayaran - 5, 10, 15, 20 tahun
6. Jika umur panjang, ada cash value untuk dijadikan sebagai wang pencen
7. Amat sesuai utk suami/pencari nafkah yg komitmen bulanannya tinggi
Cantik kan pelan ni?


Thursday, August 15, 2019

Kejayaan Kita Hari Ini


Assalamualaikum.....

Jika hari ini kita BERJAYA....

Sebenarnya, bukan 100% datangnya dari diri kita. Ianya mungkin kerana :

💧doa ibu kita setiap hari
💧redha mak ayah kita setiap hari
💧redha suami/isteri kita setiap hari
💧doa anak-anak kita setiap hari
💧bantuan/doa dari sahabat kita setiap hari
💧usaha team kita setiap hari
💧kebaikan yang pernah kita lakukan
💧sedekah yang pernah kita hulurkan
💧keyakinan kita pada rezeki Allah

Dan....mungkin juga KEJAYAAN kita hari ini adalah ujian dari ALLAH.

Betapa kerdilnya kita....
Semoga Allah sentiasa lindungi kita dari sifat riak, takbur & sombong. Tidak ada satu pun di dunia ini kita punya. Semua Allah yang punya. Dia bagi pinjam je. Bila-bila masa jika Dia mahu Dia boleh tarik balik.

Syukur di atas segala nikmat yang telah Allah berikan pada kita.

Salam Ukhuwah,
Farah Abdullah 💖💖💖
Financial Practitioner | Takaful Consultant
0122567454 | 0136107004
"Ingat Farah Ingat Takaful. Ingat Takaful Ingat Farah"

Friday, August 2, 2019

MRTT vs MLTT


Assalamualaikum w.b.t.....

Saya nak kongsikan di sini apa itu MRTT, MLTT, MRTA & MLTA dan perbezaannya.

Pertama sekali, sebelum anda ketahui perbandingan antara MRTT dan MLTT, terlebih dahulu anda kena faham terlebih dahulu maksud MRTA/MRTT dan MLTA/MLTT.

MRTA – Mortgage Reducing Term Assurance
MRTT – Mortgage Reducing Term Takaful
MLTA – Mortgage Level Term Assurance
MLTT – Mortgage Level Term Takaful

Perkataan ‘Reducing‘ , ‘Level‘ , ‘Assurance‘ & ‘Takaful‘ membezakan setiap pelan pelindungan yang anda pilih.

Beza antara Level dan ReducingLevel membawa maksud jumlah perlindungan yang berkadar tetap/rata sepanjang tempoh polisi, manakala reducing pula membawa maksud yang berlawanan iaitu jumlah perlindungan yang semakin berkurang tahun demi tahun sepanjang tempoh polisi.

Saya sebagai Perancang Kewangan Islam, sudah tentu saya akan galakkan untuk kita semua menyokong produk-produk yang patuh syariah. Maka dengan itu, MRTT dan MLTT adalah yang paling relevant untuk tujuan ini. Semoga Allah memberkati kita, In Shaa Allah.

Bahasa mudah untuk anda faham ialah perkataan Assurance merujuk kepada insurance konvensional manakala Takaful adalah Islamic Insurance yang patuh syariah. Sebagai muslim, mahu atau tidak pilihan terbaik yang kita adalah produk dari TAKAFUL. Hidup ini punya pilihan. Jadi, pilihlah Takaful.

Mari kita lihat sedikit point penting perbezaan antara MRTA/MRTT dan MLTA/MLTT.


Bank selalunya akan menawarkan MRTA/MRTT untuk perlindungan loan rumah anda. Ada yang tanya wajib ke kena ambil MRTA/MRTT? Jawapannya memang tidak wajib. Namun begitu, walaupun tidak wajib, sebagai pemberi pinjaman, bank berhak untuk ‘secure’ pinjaman yang diberikan. Salah satu sebab yang paling utama, MRTA/MRTT adalah lebih selamat pada pihak bank kerana bayaran untuk plan ini dibayar sekali sahaja dan dimasukkan bersama ke dalam loan.
Mungkin anda akan rasa seperti dipaksa oleh bank tapi persoalannya, jika anda tiada MRTA/MRTT siapa yang akan bayar baki loan rumah jika berlaku musibah seperti kematian kepada anda sebagai Peminjam?

Contoh :


Oleh sebab itu, kini ramai yang telah memilih untuk mengambil MLTA/MLTT. Dengan memiliki plan ini,  perlindungan loan rumah anda memerlukan komitmen pembayaran secara berkala, bulanan, suku tahunan, setengah tahunan atau tahunan. 

Plan ini mempunyai nilai simpanan pada hujung tempoh pelindungan. Salah satu yang menarik tentang plan ini ialah jumlah nilai simpanan boleh dikeluarkan bagi menyelesaikan baki loan rumah anda. Loan anda dilindungi dan hutang pun dapat diselesaikan dalam tempoh yang singkat.

MLTA/MLTT ini juga anda boleh attach dengan mana-mana rider perlindungan tambahan seperti manfaat sakit kritikal, manfaat kematian akibat kemalangan, pengecualian sumbangan dan lain-lain.

Jika anda seorang pengumpul hartanah atau anda memiliki lebih dari sebuah rumah, anda boleh memilih untuk memiliki plan ini memandangkan plan ini boleh melindungi kesemua pinjaman loan rumah anda dalam satu plan yang sama. 

Jadi rumusannya, seperti berikut. Ini tidak bermakna jika anda telah berumur melebihi 35 tahun tidak boleh mengambil MLTT. Jika anda punya budget yang lebih, why not?




Ada banyak lagi perkara-perkara yang boleh dan perlu diterangkan lagi berkenaan MRTT & MLTT ini tetapi tidak begitu sesuai di ruang ini. Ada masa, kita boleh duduk sembang-sembang hal ini. 


Salam sayang,
Farah Abdullah
Financial Practitioner
012.256.7454 | 013.610.7004
















Thursday, July 25, 2019

Income Protection


Kenapa penting kena ada Income Protection?

👉 Supaya kelangsungan hidup keluarga kita tak terjejas bila kita mati, cacat atau sakit teruk.

📛Bila kita mati income protection inilah yang akan di guna untuk langsaikan segala hutang piutang kita.

📛Income protection ini juga guna untuk keluarga kita survive sementara mereka boleh berdikari tanpa suami dan ayah.

📛Jika di takdirkan kita catat kekal, income protection inilah yang akan jadi penganti income yang telah hilang kerana kita dah tak boleh bekerja seperti biasa.

📛Malang tak berbau, andai di takdirkan kita kena penyakit kritikal income protection ini la yang akan di gunakan untuk cover segala perbelanjaan perubatan kita di rumah.

📛Sedangkan bayi baru lahir pun boleh kena kanser, inikan kita yang dah dewasa. Menurut statistik, 1 dari 4 orang di Malaysia akan kena kanser. lambat atau cepat bergantung pada gaya hidup yang di amalkan.

📛Yang paling besar gunanya income protection ini adalah apabila kita dah tua nanti. Caruman yang di buat ketika muda akan jadi satu pelaburan untuk dana persaraan sendiri.

“Simpan jumlah yang kecil ketika muda dan sihat untuk jumlah yang besar ketika susah dan sakit adalah simpanan yang paling berbaloi”

Sekiranya anda mahu dapatkan lebih maklumat tentang income protection ni boleh klik link whatsapp di bawah,



Tuesday, June 25, 2019

Cerita Dari Wakil Takaful

Assalamualaikum semua...

Tulisan ni nak kata keluhan tak juga...nak kata kecewa mungkin juga 😊

Saya sebagai wakil Takaful nak ajak org menyimpan bukan berhutang. Simpan di Takaful ni ada protection tapi selalunya bila saya ajak mereka menyimpan di Takaful memang pelbagai alasan diberi. Ada EPF la...ada pencen la...etc.

Pernah tak anda terfikir semasa anda bersara umur 55 tahun, 56 tahun atau 60 tahun, ketika itu nilai KWSP atau lain-lain simpanan anda mencukupi untuk anda meneruskan kehidupan. Pada waktu itu anda dah tiada pendapatan tetap dan dan tidak produktif untuk bekerja.

Fakta KWSP, 72% pencarum akan menghabiskan wang dalam masa 3 tahun. Kajian pula menunjukkan jangka hayat hidup rakyat Malaysia adalah 77 tahun. Kalau dalam tempoh 3 tahun wang KWSP tadi dah habis, macamana nak meneruskan kehidupan? Takkan nak minta sedekah? Nak minta duit dengan anak-anak? Dengan jiran? Fikir-fikirkanlah.

Saya sebagai Perunding Takaful di Etiqa Takaful bersedia untuk membantu anda di luar sana untuk merancang kewangan di masa masa  maupun sakit. Rundingan adalah percuma. Hubungi saya untuk dapatkan free consultation 0122567454 atau 0136107004

Salam sayang,
Farah Abdullah
Assistant Sales Manager
Etiqa Family Takaful
012

Friday, June 14, 2019

Salam Aidil Fitri

Assalamualaikum
Baru berkesempatan nak buat ucapan jari raya di blog kesayangan saya ini. 😊😍


Sunday, May 5, 2019

Ramadhan Kareem

Assalamualaikum para clients yang saya sayangi & hormati.

Diruang yang sempit ini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa. Semoga segala amalan kita diterima oleh-Nya dan semoga puasa kita tahun lebih baik dari sebelumnya.

Andai ini ramadhan terakhir buat saya, saya memohon ampun dan maaf di atas segala kekhilafan & kesalahan saya. Semoga anda semua akan terus menyokong saya dan kawan-kawan saya di dalam industri ini. 

Salam sayang 💖
Farah Abdullah 
Assistant Sales Manager 
Agensi Nasaruddin 
Etiqa Family Takaful 
📲0122567454

Wednesday, April 10, 2019

Simple Calculation

Assalamualaikum......

Suka untuk saya share di sini supaya anda semua boleh betulkan fahaman anda tentang Takaful.

Jika anda simpan di Bank....
Contoh : Simpan RM150 sebulan x 12 bulan = RM1,800

    > jika sesak/terdesak boleh dikeluarkan
    > duit tak kan hilang (dijamin oleh PIDM)
    > bukan simpanan jangka panjang
    > tidak boleh dihibahkan
    > orang lain tiada hak untuk mengeluarkan segala wang simpanan di dalam akaun
    > duit akan freeze jika berlaku kematian
    > pelaburan tidak diketahui sumber (kecuali simpanan di Islamic Bank)

Jika anda simpan di Takaful......
Contoh : Simpan RM150 sebulan

    > simpanan jangka masa panjang
    > simpanan dizakatkan
    > jika berlaku kematian atau hilang upaya kekal, syarikat Takaful akan bayar pampasan
    > pampasan boleh dihibahkan kepada sesiapa sahaja
    > konsep amal jariah - tolong-menolong sesama  peserta Takaful
    > jika sakit - masuk hospital swasta tanpa perlu bayar bil
    > pelaburan patuh syariah

Anda masih tidak faham? Masih berkata rugi mencarum dengan Takaful? Saya tidak la kata jangan simpan duit di Bank. Simpan duit di Bank itu perlu but don't put so much in the Bank. Kena la diversified kan saving kita. Bab ni kena belajar dengan saya tapi saya pasti anda semua bijak-bijak di dalam menguruskan kewangan anda.


Salam Sayang,
Farah Abdullah
Takaful Adviser | Financial Practitioner
012.256.7454 | 013.610.7004







Friday, April 5, 2019

Kejayaan & Anugerah

Syukur alhamdulillah....sedikit demi sedikit.

Jika dulu, saya selalu memerhatikan orang dapat anugerah dapat capai kejayaan demi kejayaan...saya selalu tepuk untuk orang lain. Bila ada event yang saya tak layak dapat saya sanggup bayar untuk attend event itu.

Alhamdulillah, berkat kesabaran, saya dapat juga walaupun tak se-gah mana pun anugerah yang saya capai tapi saya bangga dengan kejayaan ini.

Teima kasih pada ibu yang sentiasa mendoakn saya. Terima kasih pada husband yang sentiasa mendorong kerjaya saya. Terima kasih pada anak-anak kerana memahami kesibukan mama mereka. Terima kasih pada sahabat dan semua clients saya di atas sokongan & kepercayaan yang diberi. Saya akan terus berusaha untuk dapatkan kejayaan demi kejayaan. Saya sayang anda semua.
















Salam Sayang,
Farah Abdullah
Takaful Advisor | Financial Practicioner 
012.256.7454 | 013.610.7004
♥️♥️♥️♥️♥️




















Saturday, March 30, 2019

Mahabbah Limited Offer

Assalamualaikum!

Berita baik untuk warganegara Malaysia, Singapore & Brunei (yang tinggal & bekerja di Malaysia).


Pelan ini juga sesuai untuk mereka yang mempunyai sum-covered yang rendah (nak tambah sum-covered), mereka yang sedang mencari MRTT/MLTT dan juga untuk mereka yang nak create kekayaan bermula dari RM500k - 4mil.

Sah mulai 1 Apil 2019 - 30 April. Segera hubungi saya sekarang. Terbaik dari Etiqa Family Takaful.

Untuk maklumat lebih lanjut boleh hubungi saya di 012.256.7454 | 013.610.7004


Salam Sayang,
Farah Abdullah
Takaful Advisor | Financial Practicioner
Agensi Nasaruddin - Etiqa Takaful
012.256.7454 | 013.610.7004

8 Jenis Rezeki Dari Allah

ADA 8 JENIS REZEKI DARI ALLAH

1.Rezeki Yang Telah Dijamin

‎وَمَا مِن دَابَّةٍ فِي الْأَرْضِ إِلَّا عَلَى اللَّهِ رِزْقُهَا وَيَعْلَمُ مُسْتَقَرَّهَا وَمُسْتَوْدَعَهَا كُلٌّ فِي كِتَابٍ مُّبِينٍ
"Tidak ada satu makhluk melata pun yang bergerak di atas bumi ini yang tidak dijamin ALLAH rezekinya."
(Surah Hud : 6).

2. Rezeki Kerana Usaha

‎وَأَن لَّيْسَ لِلْإِنسَانِ إِلَّا مَا سَعَى
"Tidaklah manusia mendapatkan apa-apa kecuali apa yang dikerjakannya."
(Surah An-Najm : 39).

3. Rezeki Kerana Bersyukur

‎لَئِن شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ وَلَئِن كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ
"Sesungguhnya jika kamu bersyukur pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu."
(Surah Ibrahim : 7).

4. Rezeki Tak Terduga

‎وَمَن يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَل لَّهُ مَخْرَجًا( ) وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ
"Barangsiapa yang bertakwa kepada ALLAH nescaya Dia akan menjadikan baginya jalan keluar dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya."
(Surah At-Thalaq : 2-3).

5. Rezeki Kerana Istighfar

‎فَقُلْتُ اسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ إِنَّهُ كَانَ غَفَّارًا ( ) يُرْسِلِ السَّمَاءَ عَلَيْكُم مِّدْرَارًا
"Beristighfarlah kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, pasti Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan memperbanyak harta.”
(Surah Nuh : 10-11).

6. Rezeki Kerana Menikah

‎وَأَنكِحُوا الْأَيَامَىٰ مِنكُمْ وَالصَّالِحِينَ مِنْ عِبَادِكُمْ وَإِمَائِكُمْ إِن يَكُونُوا فُقَرَاءَ يُغْنِهِمُ اللَّهُ مِن فَضْلِهِ
"Dan nikahkanlah orang-orang yang masih membujang di antara kamu, dan juga orang-orang yang layak dari hamba sahayamu baik laki-laki dan perempuan. Jika mereka miskin, maka ALLAH akan memberikan kecukupan kepada mereka dengan kurnia-Nya."
(Surah An-Nur : 32).

7. Rezeki Kerana Anak

‎وَلَا تَقْتُلُوا أَوْلَادَكُمْ خَشْيَةَ إِمْلَاقٍ نَّحْنُ نَرْزُقُهُمْ وَإِيَّاكُمْ
"Dan janganlah kamu membunuh anak-anakmu kerana takut miskin. Kamilah yang akan menanggung rezeki mereka dan juga (rezeki) bagimu.”
(Surah Al-Israa' : 31).

8. Rezeki Kerana Sedekah

‎مَّن ذَا الَّذِي يُقْرِضُ اللَّهَ قَرْضًا حَسَنًا فَيُضَاعِفَهُ لَهُ أَضْعَافًا كَثِيرَةً
“Siapakah yang mau memberi pinjaman kepada ALLAH, pinjaman yang baik (infak & sedekah), maka ALLAH akan melipat gandakan pembayaran kepadanya dengan lipatan yang banyak.”
(Surah Al-Baqarah : 245).

Copy paste
Yang baik kita share 😊

Salam Sayang,
Farah Abdullah
Assistant Sales Manager
Agensi Nasaruddin
012.256.7454 | 013.610.7004

Friday, March 15, 2019

Tugas Sebagai Perunding Takaful/Penasihat Takaful

Assalamualaikum.....

Apakah yang anda tahu tugas sebagai seorang Perunding Takaful atau Penasihat Takaful ini?

Tugas kami adalah BERTINDAK. Diantara penyakit dengan kami, siapa yang akan sampai dulu? Mana yang anda nak sampai lebih dulu?

Kebiasaan alasan yang kami terima sewaktu mereka yang masih SIHAT :

➤ Tak ada budget
➤ Tak minat
➤ Tak percaya
➤ Takaful penipu
➤ Nanti dululah
➤ Nak tanya suami/isteri/emak/ayah/anak dulu
➤ Nantilah saya fikir dulu
➤ Alah kalau nak mati, mati jugak
➤ Nanti la dulu, banyak commitment lain
➤ Nanti saya buat kira-kira dulu, saya buat cashflow dulu
➤ Saya ingat nak survey dulu
➤ Nak bincang dulu
➤ Takaful ni tak penting pun, banyak lagi yang lebih penting

Punyalah banyak alasan yang diberi. Tetapi, disebabkan kami telah diamanahkan untuk menjalankan tugas, kami sabar dengan semua alasan yang diberi dan cuba menjelaskan dengan lebih terperinci lagi supaya mereka sedar tentang pentingnya Takaful di dalam kehidupan seharian. Memang benar orang kata, orang yang sabar adalah seorang Wakil Takaful.😍

Mari kita lihat, bila mereka ini dah SAKIT. Apa pula jawapan mereka....

➤ Ada je budget, tak kisah la mahal pun
➤ Minat sangat dengan Takaful ni memang dah lama tapi tak ada orang approach
➤ Agent Takaful memang superb memang boleh dipercayai 200%
➤ Tak nak la tunggu lama-lama, cepat la proses
➤ Malas nak fikir-fikir lagi, nak terus sign je
➤ Tak payah buat kira-kira, cakap je berapa sebulan, saya ok
➤ Suami, isteri, anak, menantu, adik, abang, kakak, cucu, nenak, atuk semua suruh ambik Takaful
➤ Tak perlu nak survey lah, buang masa
➤ Takaful ni memang penting, rugi sangat orang yang tak ambik Takaful

Bila dah sakit dah tak ada alasan lagi cuma ada 1 je alasannya iaitu dah sakit. Disebabkan Etiqa ada plan untuk orang dah sakit, maka kami lah yang mereka cari selepas mereka sakit.

Nampak senang kerja kami tapi berat tanggungjawab kami terhadap masyarakat tapi seronok sebab dapat bantu orang. Duit akan datang kemudian. Yang penting niat kita untuk bantu orang.

Disclaimer : Alasan-alasan yang saya nyatakan di sini bukan rekaan semata-mata tetapi ini adalah realiti. Alasan-alasan ini saya sendiri yang dapat dan juga dari rakan-rakan seangkatan.


Salam Sayang,
Farah Abdullah
Assistant Sales Manager
Agensi Nasaruddin
012.256.7454 | 013.610.7004



Monday, March 11, 2019

Mari Menabung

Assalamualaikum.....

Selalu kita dengar orang akan cakap “skrg tak de duit lagi la nak mencarum takaful”....setahun lepas tu pun alasan yg sama gak....2 tahun lagi pun macam tu....

Kalau nak tunggu ada duit baru nak menabung...memang sampai kesudah kita tak akan menabung. Di sini, saya nak kongsikan beberapa tips untuk kita belajar menabung....

♥️ Setiap bulan, allocate siap-siap sebanyak 5-10% dari gaji kita tu untuk mencarum dengan takaful
♥️ Bila ada kenaikan gaji atau bonus, extra dari kenaikan gaji tu masukkan dalam tabung manakala bonus pula, boleh la ambik 50% daripada jumlah bonus yang dapat tu untuk reward diri dengan pergi shopping ke travel ke etc...manakala baki lagi 50% tadi masukkan dalam tabung
♥️ Kalau dalam bulan tu ada OT...jangan la guna duit tu untuk enjoy sakan...pejam mata je...simpan kat dalam tabung
♥️ Kalau majikan kita tu boleh buat potongan Tabung Haji or ASB or PRS ke...lagi bagus...buat la potongan setiap bulan...paling minimum pun tak apa

Selain daripada tu, kalau nak berbelanja tu biar la sederhana yang bersesuaian dengan pendapatan kita. Berbelanja ikut keperluan bukan kehendak. Kalau nak rezeki lagi berkat, jangan lupa bagi duit kat mak ayah kita & banyakkan bersedekah.

Semoga ianya bermanfaat buat semua. Ada soalan? Boleh pm saya di 0122567454. 😊

Salam sayang,
Farah Abdullah
Assistant Sales Manager
Agensi Nasaruddin
📲 0122567454 | 0136107004

Tuesday, March 5, 2019

Peluang Kerjaya Sebagai Perunding Takaful

Assalamualaikum kepada para pelanggan Takaful dan para pembaca blog saya yang saya hargai.

Atas rasa tanggungjawab saya terhadap masyarakat betapa pentingnya perlindungan Takaful dan atas rasa keprihatinan saya terhadap mereka yang ingin menambah pendapatan, saya ingin membuka peluang kepada para pembaca dan anda di luar sana untuk menjadi sebahagian dari warga Etiqa Family Takaful sebagai PERUNDING TAKAFUL.

Kelebihan dan faedah yang akan diperolehi sebagai Perunding Takaful ialah :


√ Komisen bulanan tanpa had
√ Bonus bulanan tanpa had
√ Bonus tahunan tanpa had
√ Insentif & Anugerah suku tahun
√ Insentif percutian percuma
√ Peluang kenaikan pangkat tanpa birokrasi
√ Masa kerja yang fleksibel
√ Sumber pasaran yang luas
√ Latihan & bimbingan yang komprehensif
√ Sokongan sistem IT yang canggih dan kakitangan yang cekap
√ Perniagaan pada modal yang sangat rendah (bawah RM200)
√ Pendapatan & pangkat yang boleh diwarisi

Anda boleh memulakan kerjaya ini sebagai part-time dahulu atau terus full-time.

Sekiranya anda seorang lelaki dan wanita yang berusia 18 tahun dan ke atas dan berkelulusan minima SPM, anda seorang yang matang, berwawasan, sukakan cabaran, suka berkhidmat untuk masyarakat dan sebagainya, andalah yang saya cari. 

Jom sertai saya bersama rakan-rakan saya yang lain di Etiqa Takaful. Hubungi saya di 012.256.7454 atau 013.610.7004 SEKARANG!

Sila panjangkan peluang kerjaya ini kepada ahli keluarga, saudara-mara, sahabat handai anda yang lain terutama kepada mereka yang sedang mencari pekerjaan atau kepada mereka yang sedang mencari extra income.

Terima kasih.

Salam sayang,
Farah Abdullah
Assistant Sales Manager
Agency Nasaruddin
Etiqa Family Takaful Berhad
012.256.7454 | 013.610.7004


Pindah Blog

Assalamualaikum Akibat kekangan masa, saya tak mampu nak update banyak-banyak blog. Oleh itu, apa saja cerita berkaitan Takaful saya akan pi...