Wednesday, August 27, 2014

Salam Perkenalan Satu Malaysia Satu Dunia

Syukur alhamdulillah, pejam celik pejam celik...dah lebih setahun aku dalam bidang Takaful ni dan baru sekarang terlintas di hati untuk membina blog khusus dalam Takaful bagi memudahkan aku share dengan mereka di luar sana mengenai Takaful especially Etiqa Takaful.

Walaupun aku melakukan kerja ini hanya sebagai part-time tapi aku kena committed kerana tugas sebagai Agent Takaful adalah amanah yang diberikan kepada aku. Setiap tugas yang kita lakukan adalah amanah jadi kita kena lakukan dengan sebaik mungkin. Namun, sebagai manusia biasa aku tidak mungkin boleh perfect. Aku cuba sebaik mungkin memberikan service yang terbaik kepada client or bakal client aku.

Rezeki itu milik Allah. Aku sentiasa percaya semua itu. Aku tidak mahu paksa sesiapa pun tetapi sebaliknya aku akan share segalanya yang aku tahu berdasarkan knowledge & experience aku berkenaan Takaful kepada sesiapa sahaja. Jika Allah izinkan ada rezeki aku dengan mereka, syukur alhamdulillah. Jika tidak, aku kena teruskan sharing aku dan juga kena lebih dekatkan lagi aku dengan-Nya. Aku tidak marah atau kecil hati jika kamu tidak jadi ambil Takaful dengan aku....namun kita tetap kawan. Macam aku cakap tadi rezeki itu milik Allah. Jadi, aku hanya perlu usaha & doa, the rest Allah yang tentukan.

Makin lama aku makin suka buat business Takaful ni sebab :

1. Aku dapat sentiasa tolong orang
2. Secara tak langsung aku dapat berdakwah
3. Membuatkan aku lebih dekat lagi dengan Allah
4. Membolehkan aku mempunyai ramai kawan
5. Menjadikan aku seorang yang sentiasa sabar & tabah dalam menghadapi karenah manusia
6. Secara tak langsung aku dapat mendalami ilmu keagamaan aku
7. Husband selalu di sisi sewaktu jumpa client

Pernah terlintas di fikiran aku - "kenapa la aku tak buat business Takaful ni dari dulu lagi, kenapa aku pergi buat MLM selama 20 tahun. Buang masa betul. Kalau tak mesti aku dah sifu dalam Takaful sekarang ni". Astaghfirullahhalazim....setiap yang terjadi adalah atas kehendak-Nya. Aku tak boleh pertikaikan. Ampunkan dosa aku Ya Allah. Sesungguhnya aku bersyukur di atas segala rezeki & nikmat yang kau berikan pada aku selama ini. Banyak sangat pengalaman yang aku lalui selama 20 tahun dalam dunia MLM. Pengalaman yang tidak boleh dibeli dengan duit.

Terima kasih yang tak terhingga kepada leader aku, Tuan Haji Nasaruddin yang membawa aku ke dunia Takaful ini. I will try to do the best & try to go extra miles.

Doaku : "Ya Allah, kau permudahkan la untuk aku melakukan perniagaan Takaful ini. Lembutkan hati mereka untuk mengambil Takaful ini dengan aku. Mudahkan la untuk aku mendapat pelanggan. Bagi la aku pelanggan yang baik-baik & luhur hatinya. Temukan aku dengan pelanggan yang mudah untuk aku berurusan dengannya dan yang boleh aku jadikan mereka sebagai kawan di dunia dan di akhirat. Amin"

Aku boleh dihubungi/dikenali dengan pelbagai cara iaitu :
1. Whatsapp - 012.256.7454
2. Wechat - ID : farahkaya
3. FB : Farah Fahriah Abdullah / FB Page : farahentrepreneur
4. Instagram : fantasticfarah
5. SMS/Call - 012.256.7454 / 013.610.7004
6. Email - farah_tihanic@yahoo.com / farahabdullah70@gmail.com



Pindah Blog

Assalamualaikum Akibat kekangan masa, saya tak mampu nak update banyak-banyak blog. Oleh itu, apa saja cerita berkaitan Takaful saya akan pi...