Friday, February 18, 2022

Death Claim

Saat yang menggembirakan buat Agent Takaful adalah apabila claim client dia telah diluluskan dan dibayar pada pewaris.

Ini merupakan claim pertama (under death claim) yang saya buat bagi pihak client saya. Client saya ni kerja driver je tapi saya puji sikap tanggungjawab dia nak ambil Takaful untuk masa depan isteri & anak dia sekiranya terjadi apa-apa pada beliau. Beliau hanya mempunyai seorang aje anak. Perempuan pula tu. Isteri memang bekerja tapi kerja biasa-biasa aje la. Mereka dah ambilkan Takaful Pendidikan untuk anak mereka. Ambil dengan saya juga. 

Client saya ni ambik Takaful dengan saya pada 2019 dengan sum-covered RM80k aje (better than nothing). Ditakdirkan usia beliau tak panjang. Sehari selepas beliau meninggal baru la isterinya beritahu saya. Rupanya dah setahun dia kena stroke. Beliau juga ada kencing manis. Client saya ni memang tak suka menyusahkan orang, kalau jadi apa-apa kat dia orang pun senyap je. Tak nak menyusahkan saya katanya.

Syukur alhamdulillah, claim dia telahpun dibayar sebanyak RM87,225.90 kepada balu beliau. Balu merasa sedih campur gembira. Saya pula rasa gembira dan puas hati sebab dapat menyelesaikan masalah client saya.


#Risk&FinancialAdvisor
#agentdisukairamai
#farahkaya

Pindah Blog

Assalamualaikum Akibat kekangan masa, saya tak mampu nak update banyak-banyak blog. Oleh itu, apa saja cerita berkaitan Takaful saya akan pi...