Friday, April 17, 2015

Pengalaman Buat Takaful.....Part I

Assalamualaikum......

Hmmmmm....kali ni nak share la beberapa pengalaman yang telah saya lalui sepanjang buat business Takaful bersama Etiqa ni. Pengalaman kegagalan.

Kes Pertama : Saya cerita yang saya buat Takaful dengan customer sewaktu saya urut dia dalam pantang. Saya encourage dia ambik pelan Takaful untuk baby baru dia. Dia kata anak yang 1st dah ada...ambik dengan.....(maaf, nama sykt Takaful terpaksa dirahsiakan) tapi dia plan dah lama nak terminate katanya tapi saya tak benarkan. Kalau nak ambik dengan saya, ambil je yang anak No. 2 ni...yang dah ada tu teruskan je. Tapi dia tetap berdegil nak ambik dengan saya juga. Saya ni bukan apa....tak nak nanti orang kata saya curi client orang. Lepas tu....saya call, message....tanya la bila boleh saya dtg rumah lagi untuk sign-up borang Takaful Etiqa untuk baby baru sebab dah lebih 14 hari baby dia lahir....tak pernah reply. Saya sabar je. Tak nak la paksa orang kan. Pastu, dia ada order product dgn saya....masa saya hantar product, dia tak turun pun....husband dia je yang turun. Ok, saya sabar lagi. Think positive. Maybe dia tengah breast feed baby dia. After that, bila saya call dia tak pernah jawab call saya. Bila whatsapp pun dia tak pernah reply. Peliknya bila saya whatsapp tak sentuh tentang Takaful, tanya hal lain boleh pulak dia jawab. Hari tu dia yang beriya-iya sgt nak ambik Takaful dgn saya. Tak pe....bukan rezeki saya.

Kes Kedua : Orang ni dia memang dah tau dah join Takaful sebab kami pernah sama-sama berkursus. Waktu tu saya kursus dalam bidang saya iaitu urutan & dia dalam bidang dia. Bidang apa saya dah lupa. Bila isteri dia dah bersalin dia call saya untuk urut isteri dia. Seperti biasa, saya pun share la pasal Etiqa Takaful ni dgn dia. Katanya kesemua anak dia dah ada Takaful. Etiqa Takaful. Alhamdulillah. Saya pun cuba la nasib....yang baby baru ni boleh la try ambik dengan saya pulak. Ini disebabkan bila dia merungut yang agent sedia ada tak pernah ambik tau tak pernah service apa-apa selepas sign proposal form. Saya pun cerita la serba sedikit pasal education plan. Saya tinggalkan borang kat dia. Kemudian pada hari terakhir saya urut isteri dia, dia return proposal form tu kat saya, Dia kata nanti dulu sebab tengah banyak commitment skrg. Well, saya ni dah memang jenis tak suka nak paksa orang. Apa yang saya dah share apa yang saya dah usaha itu je la. Akhirnya sampai kesudah tak ambik juga. Call pun tak nak jawab dah. Tak pe....bukan rezeki saya.

Kes Ketiga : Ni kawan sendiri ni. Consider close gak la. Mau tak close. Dia pernah urut dgn saya. Kalau ada any function kat rumah dia atau mak dia, pasti dia jemput saya. Selalu juga keluar lunch sama. Bergurau senda tak payah cerita la. Dia mintak quotation kat saya, saya bagi....kemudian dia tak puas hati tanya lagi, mintak lagi. Saya ok je. Layankan je. Tak pernah marah pun. Sebab saya belajar setiap daripada soalan dia. Pernah dia cakap dgn saya, dia bukan la nak buli saya sebab asyik mintak quotation je tapi sebab dia memang betul2 nak ambik dgn saya jadi dia nak betul2 clear baru la dia nak sign proposal form tu. Finally, dia setuju & mintak form. Dia cakap dia nak bayar for 1 year terus untuk dia (pelan mabrur) & untuk anak2 dia (education plan), saya dah lupa....dia nak bayar quarterly ke yearly juga saya tak boleh nak ingat dah. Saya bagi form yang sementara je. Saya kata lepas saya dah isi kat form sebenar (mana ada client nak isi sendiri kat form sebenar sebab banyak ya amat kan) baru la saya bagi dia tengok & sign. Agak lama juga nak dapat balik temporary form tu. You know what, finally apa dia cakap....nak postpone sebab nak pakai duit. Tunggu lagi 3-4 months. Saya ok je. Takkan nak push dia pulak kan. Tapi saya cakap saya nak juga la temporary form tu sebab nak prepare apa yang patut dulu...nanti sampai masa dia tinggal check & sign je. Sampai kesudah saya tak dapat pun temporary form tu balik. Yang paling sadis, dia semakin menjauhkan diri dari saya. Bila saya tanya apa salah saya, tak de pulak katanya. Kalau dia tak jadi ambik, cakap je la terus-terang dgn saya. Dia kan kawan saya, dia tau perangai saya. Saya bukan jenis memaksa. Saya sentiasa percaya rezeki itu dari Allah. Kalau dia tak jadi ambik tak perlu nak jauhkan diri dari saya tak perlu nak putus kawan sebab saya ni always positive, always open minded. Kalau dah tak jadi ambik saya still gak akan berkawan dgn dia. Tak pe....bukan rezeki saya tapi terkilan dgn perbuatan dia terhadap saya. 

..........to be continued......

Friday, April 3, 2015

Takaful Di Malaysia

Assalamualaikum w.b.t

Saya ni baru setahun jagung dalam industri takaful ni. Namun begitu, saya nak juga bercerita tentang takaful lagi di blog saya ni. Maafkan jika saya salah. Kita sama-sama belajar ye. I am happy to sharing with everyone here. Thank you for reading.


Mungkin ramai yang dah tahu tentang takaful ni. Ye la sebab perkembangan takaful di Malaysia sekarang ni sangat membanggakan. Alhamdulillah pada yang dah tahu. Tapi, bagi yang belum tahu….bagus untuk anda ambil tahu.

Pada tahun 2001, Malaysia baru ada 2 syarikat pengendali takaful/takaful operator, tahun 2004 naik ke 4 syarikat [Takaful Malaysia, Takaful National, Mayban Takaful & Takaful Ikhlas). Pastu, pada tahun 2009 dah jadi 8 syarikat pengendali takaful/operator…..wow! hebat kan?.  Now, kita berada di tahun 2015…..Malaysia dah ada 11 pengendali takaful/operator takaful kesemuanya. Perkembangan yang cukup membanggakan dan amat baik sekali di dalam industry islamic insurance. 11 pengendali takaful/operator takaful yang berdaftar ialah :

  • Etiqa Takaful Bhd
  • AIA Public TakafulBhd
  • AmMetLife Takaful Berhad
  • Sun Life Malaysia Takaful berhad
  • Great Eastern Takaful Berhad
  • Hong Leong MSIG Takaful Berhad
  • HSBC Amanah Takaful (Malaysia) Berhad
  • MAA Takaful Berhad
  • Prudential BSN Takaful Berhad
  • Syarikat Takaful Malaysia Berhad
  • Takaful Ikhlas Berhad

*** sumber BNM portal

Jika sebelum ini ramai orang termasuk saya atau mungkin termasuk juga pengendali takaful berdaftar ini memang agak kecewa sedikit lah....coz, muslim does not support muslim product. Sedih tau but inilah cabarannya. If kita yang muslim tak nak support muslim, you tell me siapa lagi yang akan support? Do you thing non-muslim will support us? Maybe ada la kot but percentage nye very low.

Before this saya dah pernah share perbezaan antara takaful dan insurance. Memang banyak bezanya kan? Kalau anda google pasti anda akan jumpa banyak erti atau maksud yang akan anda jumpa...but the intipati takaful tu tetap sama........
" A type of Islamic insurance, where members contribute money into a pooling system in order to guarantee each other against loss or damage, which go against the riba (interest), al-maisir (gambling), and al-gharar (uncertainty) principles” (errrr….nak kena translate ke? Saya pasti yang sedang membaca ini, English nyer semuanya hebat-hebat belaka J)

The main point yang saya nak tekan di sini ialah :
1. Contribution (sumbangan)
2. No Gharar (unsur ketidakpastian)
3. No Riba' (tiada faedah)
4. No Maisir (tiada unsur perjudian)

Jadi, apa beza takaful & insurance?

Contribution (Sumbangan)
Di dalam takaful, duit yang kita bayar adalah derma. Berbeza dengan insurance, ia adalah perlindungan. Derma di sini bermaksud kita menderma untuk meringankan beban peserta lain. MasyaAllah, tanpa di sedari banyak pahala yang kita dapat. Setiap derma yang kita beri di takaful kita tidak akan dapat balik. Yang kita dapat adalah PAHALA. Cantiknya konsep takaful ni kan?

No Gharar (unsur ketidakpastian)
Jika dalam insurance, bila kita beli insurance tu kita tak pasti apa yang kita beli. Dalam akad jual beli biasanya ada 4 rukun (maaf kalau saya silap) :

1.     Penjual
2.     Pembeli
3.     Barang
4.     Akad

Can you see…dalam insurance No. 1, 2 & 4 tu ada but mana yang No. 3? Barang apa yang kita beli dalam insurance? Kita pun tak sure right? Protection ke or else. That’s why dalam takaful, ianya diubah ke konsep pooling system to guarantee each other. Means, kita bukan membayar tetapi menderma. Tiada konsep jual beli di dalam takaful. Ingat tu!

No Riba' (tiada faedah)
Dalam takaful, segala derma kita akan dilaburkan to shariah account… meant, tiada riba' langsung. Ini termasuklah pinjaman yang dibuat oleh pengendali takaful/takaful operator itu untuk menjalankan operasi takaful mereka.

No Maisir (tiada unsur perjudian)

Element maisir adalah ketidak-pastian & risiko. Dalam takaful, kedua-dua element ini tidak ada langsung. 
 

Sebagai contoh : Aishah membayar amaun premium dalam jumlah yang kecil dengan harapan untuk mendapat pulangan yang besar (risiko)…..itu adalah satu perjudian pada Aishah untuk membayar / kehilangan wang kerana kejadian tersebut tidak pasti akan berlaku atau tidak (ketidak pastian).

Bagi yang dah faham perbezaan konsep antara insurance & takaful ni, Alhamdulillah & buatlah keputusan yang baik & bijak. Kita pun bukannya menderma setiap hari. So, ambillah peluang yang ada ni dengan mengambil mana-mana pelan takaful kerana dengannya kita berpeluang menderma & membantu orang yang di dalam kesusahan. Disamping menderma, kita juga nanti akan dibantu bilamana giliran kita pula yang ditimpa musibah. Ini kerana tidak ada sesiapa yang boleh tahu apa akan berlaku pada diri kita selepas 5 minit nanti, selepas kita balik kerja, pada hari esok & seterusnya. Jadi, sediakan payung sebelum hujan.

Let’s change to TAKAFUL. Cari saya  di 012.256.7454 atau 013.610.7004 atau email farah_tihanic@yahoo.com


Kita selalu cakap kat orang suruh ubah itu ini....cakap kat anak-anak kita suruh mereka berubah....laungkan sana sini suruh ubah kerajaan....macam-macam la yang kita suruh ubah, tapi tanya pada diri kita dulu....kita ni dah berubah ke belum. Ubah diri kita dulu sebelum kita ubah orang lain atau suruh orang lain berubah. Again, let's change to TAKAFUL.

Lately ni pun ramai orang bukan Islam juga sudah memilih takaful. Why? Because mereka kata takaful tu adil. Tapi, bagi kita orang Islam, memang wajib untuk kita memilih yang shariah compliance which is takaful lah. Kita bukan berada di zaman dahulu kala, di zaman datuk nenek moyang kita….di mana waktu itu belum lagi ada takaful….zaman itu juga tak ramai orang islam yang ambil insurance kerana haram. Tidak kurang juga yang ambil. Mungkin masa tu mereka belum begitu faham apa itu riba’ dsb.
Takaful menjamin kesejahteraan hidup anda.

 

Pindah Blog

Assalamualaikum Akibat kekangan masa, saya tak mampu nak update banyak-banyak blog. Oleh itu, apa saja cerita berkaitan Takaful saya akan pi...