Sunday, March 4, 2018

Hibah

Hibah adalah suatu akad yang mengandungi pemberian milik oleh seseorang secara sukarela terhadap hartanya kepada seseorang yang lain pada masa hidupnya tanpa balasan.

Dalil Hibah
Firman Allah SWT yang bermaksud,”.....dan memberi harta yang dikasihi kepada keluarga terdekat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan yang terlantar dalam perjalanan,....” (Surah Al-Baqarah : Ayat 177)

Daripada Abu Hurairah r.a. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : Saling memberi hadiahlah kamu nescaya kamu akan saling sayang-menyayangi. (Riwayat Al-Bukhari)

Faedah Hibah :

1. Pewarisan/pemindahan harta yang mudah dan cepat
2. Harta yang dihibah tidak boleh dituntut mana-mana waris
3. Boleh diberikan kepada sesiapa saja termasuk waris yang tidak layak menerima harta pusaka
4. Jumlah yang diberikan tidak terhad
5. Sunat berhibah secara sama rata kepada ahli waris
6. Harta yang telah dihibah akan terkeluar dari harta pusaka

Rukun Hibah

1. Pemberi Hibah
2.. Penerima Hibah
3. Barang yang sihibahkan
4. Akad Hibah

Syarat Pemberi Hibah

1. Mestilah pemilik kepada barangan
2. Mestilah mempunyai kelayakan untuk memberi hibah
3. Mempunyai kuasa penuh untuk menggunakan hartanya

Syarat Penerima Hibah

1. Berkelayakan menerima hibah termasuklah yang bukan mukallaf seperti kanak-kanak dan orang yang tak sempurna akal atau OKU. Namun, penjaga atau pemegang amanah boleh dilantik bagi pihak mereka

2. Penerima hibah wujud ketika hibah dibuat

3. Boleh menguasai harta yang dihibahkan (qabd)

Syarat Barang Yang Dihibah

1. Wujud ketika hibah dibuat

2. Barang tersebut mestilah barangan yang bernilai

3. Mestilah daripada hakmilik pemberi hibah

Kadar Harta Yang Boleh Dihibah 

Hukum syarak memberikan kebebesan kepada pemilik harta untuk melakukan pemberian tanpa terikat kepada kadar tertentu. Bahkan, menurut ijmak, adalah harus bagi pemilik harta yang waras fikirannya menghibahkan keseluruhan hartanya. Namun, Rasulullah SAW mengingatkan kita supaya berlaku adil kepada anak-anak sebagaimana hadis Rasulullah SAW yang bermaksud : Bertakwalah kepada Allah s.w.t. dan berlaku adillah sesama anak-anak kamu. (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Hibah Semasa Marad Al-Maut

Pemberi hibah yang ingin melakukan hibah dalam keadaan marad al-maut iaitu keadaan di mana pemberi hibah sakit tenat, sakit yang membawa kepada kematian atau sakit yang menyebabkan dia tidak mampu melaksanakan urusan hariannya, maka hibahnya tidak boleh melebihi dari 1/3 hartanya dan tidak boleh dihibahkan kepada ahli waris. Sekiranya ia berlaku sedemikian iaitu melebihi datipada 1/3 harta yang diberikan kepada ahli waris samaada kurang dari 1/3 atau lebih, maka ia tertakluk kepada keizinan atau persetujuan daripada waris yang lain.

Pembatalan Hibah

Hukum asal hibah adalah memberi implikasi pemilikan yang lazim. Oleh itu, pembatalan hibah adalah tidak boleh dilakukan. Ia sebagaimana hadis Rasulullah SAW yang bermaksud : Orang yang menarik kembali hibahnya adalah seperti seekor anjing yang menjilat kembali muntahnya. (Riwayat Al-Nasa’i, Ibn Majah, Ibn Hibban dan Al-Baihaqi)

Namun, para fuqaha’ memberikan pengecualian iaitu dengan mengharuskan pembatalan hibah
seorang bapa, ibu, datuk atau nenek kepada anak atau cucunya. Ini bersandarkan kepada sebuah hadis Rasulullah SAW yang bermaksud : Tidak halal bagi seorang yang telah menghulurkan satu pemberian menarik kembali pemberiannya melainkan pemberian seorang bapa kepada anaknya. (Riwayat Tirmizi, Al-Nasa’i, Ahmad dan Al-Baihaqi)

Sumber : Majlis Agama Islam Selangor 

Hibah ada 2 jenis iaitu :

1. Hibah Bersyarat
2. Hibah Mutlak

Apa pula Hibah Takaful? Tunggu tulisan saya yang akan datang.


Salam Sayang,
Farah
Hibah/Wasiat Consultant
Takaful Consultant
Shariah Financial Practicioner
0122567454
0136107004

No comments:

Post a Comment

Pindah Blog

Assalamualaikum Akibat kekangan masa, saya tak mampu nak update banyak-banyak blog. Oleh itu, apa saja cerita berkaitan Takaful saya akan pi...